Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia dijangka turun bawah 1,000 awal Disember

Sep 17, 2021 | 04:53 PM



KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di Malaysia dijangka boleh menurun di bawah 1,000 kes pada awal Disember depan, sekiranya imuniti kelompok berjaya dicapai menjelang 31 Oktober ini.



Ia berdasarkan Model Pemerhatian dan Jangkaan Kes Harian Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), yang dimuat naik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini.



Model itu meramalkan jumlah kes Covid-19 akan menurun ke bawah 1,000 sehari jika 80 peratus populasi negara menerima dos lengkap vaksin Covid-19 pada hujung bulan depan, dengan anggaran purata keberkesanan vaksin sekitar 70 peratus.



Bagaimanapun, jika tempoh untuk vaksinasi lengkap mencecah 80 peratus populasi berlanjutan sehingga 31 Disember depan, jumlah kes harian diramalkan hanya menurun ke sekitar 3,000 menjelang hujung tahun ini.



KKM menerusi portal COVIDNOW, menjangkakan 80 peratus atau lebih 26.1 juta populasi negara akan lengkap divaksin menjelang 12 Disember depan, berdasarkan kapasiti suntikan semasa yang berlegar sekitar 200,000 dos sehari.



Ketika ini, jumlah purata kes harian bagi tempoh tujuh hari menunjukkan trend penurunan sejak hujung bulan lalu, selaras peningkatan kadar vaksinasi. – Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >