Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Jangkitan kes 'demam' di Korea U mula reda

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jangkitan kes 'demam' di Korea U mula reda

May 29, 2022 | 05:30 AM

SEOUL: Kadar jangkitan harian bagi kes 'demam' di Korea Utara berkurang kepada bawah 100,000 buat pertama kalinya, kurang tiga minggu selepas negara itu mengakui berlaku penularan wabak Covid-19.

Negara yang mengamalkan dasar tertutup itu sedang giat berusaha mengatasi gelombang koronavirus yang belum pernah terjadi dan mengenakan perintah berkurung ketat di seluruh negara, bulan ini.

Tindakan itu menimbulkan kebimbangan berhubung kekurangan vaksin, bekalan ubat dan makanan, manakala pakar bimbang ia akan menyebabkan percambahan varian baru.

Menurut agensi berita Korea Utara KCNA, lebih 88,520 orang menunjukkan gejala demam.

Jumlah keseluruhan pesakit demam sejak April meningkat kepada 3.36 juta daripada 25 juta penduduk. Angka kematian kekal pada 69, kata KCNA.

Korea Utara tidak mengesahkan jumlah individu positif akibat koronavirus kerana kekurangan bekalan ujian saringan.

Pakar memberitahu, angka yang diumumkan mungkin kurang dilaporkan dan adalah sukar mengakses skala sebenar.

Media pemerintah berkata semua sektor dan unit dalam negara mengekalkan tindakan berjaga-jaga yang maksimum.

Pihak berkuasa menekankan ujian saringan dan pemeriksaan kesihatan yang lebih ketat, cepat dan maju perlu diselaras segera.

Beberapa dinding perlindungan diwujudkan bagi perintah berkurung dan penutupan ibu kota, sempadan, laut, pantai serta ruang udara, selain pemeriksaan teliti kemasukan varian virus baharu.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat menawarkan bantuan kepada Korea Utara bagi melawan pandemik, termasuk vaksin, namun Pyongyang masih belum memberi maklum balas.

Difahamkan, Korea Utara menambah import pelitup muka dan vaksin dari China beberapa bulan sebelum melaporkan secara rasmi kes pertama Covid-19.

Menurut data perdagangan yang dikeluarkan Beijing sebelum pengumuman itu, Korea Utara sudah mula menyimpan stok.

Data menunjukkan Korea Utara tiba-tiba mengimport berjuta-juta pelitup muka, 1,000 ventilator, dan vaksin dari China, beberapa bulan sebelum ia mengakui wabak Covid-19 rasmi pertamanya.

Namun, tidak diketahui sama ada Korea Utara telah menjalankan sebarang kempen vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, menurut laporan Radio Free Asia, pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-un, dikatakan sudah memulakan program vaksinasi Korea Utara dengan nama romantik, 'Ramuan Cinta Abadi'.

Namun, setakat ini program vaksin Covid-19 Korea Utara itu hanya tersedia untuk tentera dan pekerja projek binaan negara.

Program vaksinasi 'Ramuan Cinta Abadi Korea Utara' dimulakan dengan kerjasama media pemerintah yang mempromosikan program itu sebagai hadiah 'mesra' Jong-un.

Pelbagai mesej dan propaganda politik dimainkan termasuk menyatakannya sebagai suntikan vaksinasi cinta dari yang mulia, merujuk kepada Encik Jong-un.

Dalam pada itu, media juga memaklumkan permulaan program vaksinasi Covid-19 untuk rakyat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dari Januari hingga April, China mengeksport vaksin tidak dikenal pasti, pelitup muka, jangka suhu serta bekalan makmal yang boleh digunakan dalam kit ujian Covid-19 kepada jirannya itu.

Korea Utara menutup sempadannya untuk hampir semua perdagangan sepanjang pandemik dan hanya baru-baru ini membenarkan aliran bekalan serta produk ke negara itu dengan kereta api dan kapal dari China. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3