LONDON: Semua pab, bar, restoran dan kemudahan pelayanan lainnya di serata England mesti tutup pada 10 malam waktu tempatan, sedang Perdana Menteri Encik Boris Johnson menangani gelombang kedua jangkitan Covid-19.

Menurut akhbar The Telegraph, Encik Johnson akan menggalak rakyat Britain supaya bekerja dari rumah jika mereka boleh demi membendung penularan koronavirus.