Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jangkitan varian Delta: Peraturan pakai pelitup dikuat kuasa semula di Sydney

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: New South Wales kembali mewajibkan memakai pelitup dalam pengangkutan awam di Sydney berikutan varian Delta Covid-19 yang semakin tersebar dan menjangkiti dengan mudah.



Bagaimanapun, pihak berkuasa menetapkan semua acara luar dirancang dengan pelan keselamatan Covid-19 yang baik boleh diteruskan di bandar terbesar di Australia itu.



Kelompok baru pertama di negeri itu dikesan dalam kalangan pemandu yang membawa kru syarikat penerbangan.



Pegawai kesihatan berkata, kes terbaru jangkitan virus itu berlaku melalui hubungan minimum dengan orang yang dijangkiti di pusat beli-belah Sydney.



Pelitup muka akan diwajibkan di sektor perkhidmatan kereta api, bas dan feri dari 4 petang waktu tempatan selama lima hari, sementara pegawai mendesak lima juta penduduk Sydney memakai pelitup muka di semua tempat tertutup, termasuk pasar raya dan teater.



Sebelum ini, Australia berjaya membendung wabak dengan peraturan penjarakan fizikal yang ketat, penutupan sekejap dan kawalan sempadan dalaman dengan hanya lebih 30,300 kes dan 910 kematian. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >