Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jasad Abe dibawa ke kuil diiring keluarga, teman rapat

Jul 12, 2022 | 05:30 AM



TOKYO: Mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, disemadikan selepas upacara di Kuil Zojoji di Tokyo semalam yang disertai hanya keluarga dan kawan rapat.



Upacara itu dimulakan dengan penyembahan sepanjang malam, diketuai oleh isteri mendiang, Cik Akie Abe.



Anggota Parlimen (AP) Jepun mempunyai kawasan berasingan untuk mereka membakar kemenyan dan meletakkan bunga.



Pihak berkuasa di Tokyo dan bandar Shimonoseki, wilayah Yamaguchi, kampung halaman Abe, juga mengatur kawasan untuk orang ramai menawarkan kemenyan dan mengucapkan takziah esok.



Kedua-dua bandar itu merancang untuk mengadakan majlis perpisahan untuk Encik Abe sehari kemudian.



Encik Abe, 67 tahun, ditembak ketika sedang berkempen pagi Jumaat lalu.



Berikutan tembakan itu, beliau rebah dan cedera di leher dan meninggal dunia beberapa jam kemudian di hospital.



Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Encik Antony Blinken yang mengadakan lawatan tidak dijadualkan di Jepun, memuji mantan Perdana Menteri Jepun itu dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang berwawasan, ketika beliau mengucapkan takziah di Tokyo semalam.



Gabungan kerajaan Jepun mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya suram yang diadakan kelmarin, hanya dua hari selepas Abe ditembak mati semasa berkempen.



Encik Blinken, yang sedang dalam kunjungan jelajah Asia, berada di Tokyo kerana menganggap Jepun and mendiang Abe sebagai 'kawannya' dan ingin bersama Jepun sewaktu mereka berduka.



"Abe melakukan lebih daripada sesiapa sahaja untuk meningkatkan hubungan antara Amerika Syarikat dengan Jepun ke tahap baru," tambahnya, selepas bertemu Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida.



"Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantu rakan-rakan kami menanggung beban kehilangan ini," katanya sambil memanggil Abe 'seorang lelaki berwawasan dengan keupayaan untuk merealisasikan visi itu'."



Encik Blinken berkata beliau menyerahkan surat kepada Encik Kishida daripada Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden untuk keluarga Abe. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >