Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jatuh bangun PKR dalam harungi politik M'sia

PKR
Jun 06, 2022 | 05:30 AM



PARTI Keadilan Rakyat (PKR) adalah sebuah parti politik reformasi yang ditubuhkan pada 2003.



Awalnya, ia diketuai Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Parti itu kemudian berjaya meningkatkan kerusi Parlimennya daripada hanya satu kerusi kepada 31 pada pilihan raya 2008.



PKR, kini dengan 36 kerusi Parlimen, merupakan parti kedua terbesar dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) selepas Parti Tindakan Demokratik (DAP).



PH pula dibentuk secara rasmi pada Mei 2018, dan kemudian membentuk kerajaan Malaysia selepas menewaskan secara mengejut parti gabungan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno semasa pilihan raya umum pada Mei 2018.



Namun, PH tumbang selepas 'Langkah Sheraton' pada Februari 2020 setelah satu parti komponen PH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) - dan sebilangan Anggota Parlimen PKR, meninggalkan PH dan menyertai BN, Parti Islam SeMalaysia (Pas) dan beberapa parti Sarawak dan Sabah membentuk kerajaan baru.



PH kini menguasai dan mentadbir tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.



Dalam pemilihan dalaman PKR yang baru berlalu, Datuk Anwar mengekalkan jawatannya sebagai presiden, sementara Encik Rafizi Ramli berjaya mengalahkan pesaingnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, untuk merebut jawatan timbalan presiden.



Bagi jawatan naib presiden pula, ia dimenangi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; Ahli Parlimen (AP) Setiawangsa, Encik Nik Nazmi Nik Ahmad; AP Tanjung Malim, Encik Chang Lih Kang serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.



Sementara itu, jawatan Ketua Wanita dimenangi Cik Rodziah Ismail, yang disokong Encik Rafizi, sementara jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimenangi Encik Adam Adli Abdul Halim yang disokong Datuk Saifuddin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >