Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jatuh di lokasi penggambaran: Puteri Rafasya mampu orak langkah sendiri

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pelakon kanak-kanak Malaysia, Puteri Rafasya, 12 tahun, kini mampu mengorak langkah sendiri setelah terjatuh semasa sesi penggambaran sehingga menyebabkan dia tidak boleh berjalan dan terpaksa memakai lampin.



Dalam catatan di akaun Instagramnya pada Ahad, Puteri dilihat berjalan perlahan dengan bantuan alat bantuan berjalan sambil berpegang pada pagar.



Menurut kapsyen yang disiarkan oleh ibunya, Cik Fatin Aliza Salmi, 33 tahun, Puteri mula berjalan pada 17 Mac lalu - lapan hari selepas dimasukkan ke Hospital Tunku Azizah, dan 25 hari sejak dia cedera.



Kecederaan menimpa Puteri ketika dia berada di lokasi penggambaran drama 'Jaga Aku Selamanya' bertambah serius sehingga terpaksa dimasukkan ke wad pediatrik Hospital Tunku Azizah (HTA), pada 10 Mac lalu.



Berkongsi insiden itu, ibunya, Cik Fatin Aliza berkata, kemalangan menimpa anaknya disebabkan perbuatan seorang kanak-kanak yang tidak sepatutnya berada di lokasi penggambaran drama tersebut.



Malah, Cik Fatin meluahkan kekecewaan apabila keluarga kanak-kanak itu tidak mahu bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.



Berkongsi cerita tentang kejadian itu, Cik Fatin Aliza berkata, Puteri telah dikejarkan dengan ambulans dan ditempatkan di zon kuning Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada 3 pagi hari kejadian selepas mengalami kebas kaki dan air kencing yang keluar secara tidak sedar.



"Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ada menghubungi saya untuk mengadakan pertemuan bersama pihak produksi dan keluarga pelaku untuk membincangkan mengenai perkara ini" katanya.



Dalam masa sama, Cik Fatin berkata, sekiranya masih tiada tindakan susulan, dia akan melancarkan tabung bantuan bagi memudahkan urusan perubatan anaknya.



"Sekiranya perkara ini masih berlanjutan dan pihak terbabit juga terus dengan keputusan berdiam diri, saya rasa mungkin perlu lancarkan tabung bantuan.



"Ia bertujuan untuk menampung kos perubatan Puteri," katanya. - BHM, The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >