Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jawa Barat manfaat kepakaran saintis data, sukarelawan kesihatan tangani Covid-19

May 26, 2020 | 3:00 PM
KORBAN AKIBAT VIRUS: Foto fail menunjukkan ahli keluarga memakai pelitup semasa mengunjungi pusara mangsa jangkitan Covid-19.
KORBAN AKIBAT VIRUS: Foto fail menunjukkan ahli keluarga memakai pelitup semasa mengunjungi pusara mangsa jangkitan Covid-19. - - Foto: REUTERS

JAKARTA: Langkah membendung penularan koronavirus di Jawa Barat, wilayah terpadat di negara itu, kini tertumpu pada usaha sekelompok saintis data dan sukarelawan pakar kesihatan.

Kumpulan Kawal Covid-19 menganjurkan model data yang disampaikan kepada gabenor provinsi yang menunjukkan bahawa mungkin ada 70,000 kematian menjelang Julai di Jawa Barat jika tidak ada sekatan yang dikenakan berbanding dengan hanya 20,000 jika mengambil tindakan keras.

Provinsi Jawa Barat menjalani perintah sekatan.

"Mereka berminat untuk memberikan bantuan dan kami menerimanya," kata Ridwansyah Yusuf Achmad, penasihat gabenor Jawa Barat yang mengatur pertemuan dalam talian dengan sukarelawan Kawal dan memuji kumpulan itu sebagai patriotik kerana menyumbangkan kepakaran mereka.

Beliau dan pegawai Jawa Barat lainnya, mengatakan model dari Kawal telah merubah tanggapan.

Dalam menghadapi data yang tidak tepat dan nasihat yang bertentangan dari pemerintah pusat Indonesia mengenai langkah-langkah untuk memerangi koronavirus, 800 sukarelawan Kawal telah muncul sebagai sumber maklumat dan panduan yang semakin penting.

Pemerintah Presiden Joko Widodo berat untuk mengenakan larangan perjalanan dan langkah-langkah lain yang menjejas ekonomi negara keempat terpadat di dunia.

Kawal telah memberikan hujah yang jelas untuk tindakan yang lebih keras di negara Asia Tenggara dengan jumlah kematian terbesar di rantau ini sejauh ini.

Encik Pandu Riono, seorang ahli epidemiologi di University Indonesia yang merupakan sebahagian dari Kawal, membentangkan data kepada pegawai di Jawa Barat, kawasan yang didiami lebih 50 juta dari 270 juta orang di Indonesia.

"Jawa Barat memiliki risiko penularan tertinggi di antara provinsi Indonesia," katanya.

"Kami mengesyorkan perintah sekatan yang lebih luas," katanya. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg