Premium
Jejambat dalam pembinaan runtuh di KL
Dec 2, 2016 | 5:30 AM
MENCARI MANGSA RUNTUHAN: Anggota pasukan penyelamat menggunakan unit anjing pengesan mencari mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan jejambat yang runtuh di KL Eco City berhadapan Mid Valley. - Foto NSTP -
KUALA LUMPUR: Saksi runtuhan sebuah jejambat yang dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang kelmarin memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39 tahun, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri termasuk beliau.

