Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jemaah haji berkumpul di Arafah untuk wukuf

Aug 21, 2018 | 05:30 AM



ARAFAH (Arab Saudi): Kira-kira dua juta jemaah berkumpul di dataran Arafah untuk melakukan wukuf - perkara paling penting dalam pelaksanaan ibadah haji - semalam, setelah mengharungi cuaca buruk di Arab Saudi kelmarin.



Menjelang wukuf, Menteri Kesihatan Arab Saudi, Encik Tawfiq al-Rabiah, berkata tidak ada sembarang tanda wabak penyakit dalam kalangan jemaah.



Setiap jemaah wajib berkumpul di Arafah, walaupun seketika bagi ibadah haji dalam tempoh dari sekitar zuhur hingga matahari terbenam pada 9 Zulhijah, yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi yang jatuh semalam.



Mereka menumpukan perhatian semasa wukuf dengan melakukan ibadah seperti solat, berzikir, berdoa memohon rahmat dan keampunan kepada Tuhan dan melaungkan zikir talbiyahlabbayk Allahumma labbayk (Aku datang memenuhi panggilan-Mu, ya Allah).



Arafah, tempat Nabi Muhammad saw menyampaikan khutbah terakhir baginda, terletak kira-kira 22 kilometer ke timur Makkah dan jemaah mula melakukan perjalanan ke sana kelmarin.



Hujan lebat dan ribut petir melanda Arab Saudi dari 6.30 petang hingga 8 malam (waktu Arab Saudi) kelmarin dengan perkhidmatan pertahanan awam memberi amaran tentang kemungkinan banjir sepanjang malam tetapi menekankan tiada sembarang kesan buruk terhadap pelaksanaan rukun Islam kelima itu.



Keadaan itu memaksa sebahagian jemaah mencari pelindungan dalam khemah atau berdoa di Masjidil Haram sebelum menuju ke kawasan Mina dan meneruskan perjalanan ke Arafah dan terus ke sana.



Akhbar Utusan Online melaporkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, menyatakan bahawa semasa kejadian ribut dan hujan itu, pihak bomba mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan jemaah yang telah berada di Arafah.



Selepas melakukan wukuf, jemaah akan menuju ke Muzdalifa untuk bermalam, dan hari ini, iaitu Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi, mereka akan mula melakukan lontaran batu di tiga tempat - Jamratul Ula, Jamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah - di Mina selama tiga hari.



Pihak berkuasa memulakan usaha memastikan keselamatan jemaah sejak beberapa bulan lalu, kata Encik Tawfiq kepada agensi berita Reuters, dengan lebih 30,000 pekerja kesihatan mengendalikan 25 hospital dan menawarkan perkhidmatan perubatan percuma, termasuk prosedur kompleks seperti pembedahan jantung terbuka.



"Alhamdulillah, semuanya sekarang terkawal dan keadaan kesihatan sangat baik," katanya dalam satu wawancara di Hospital Awam Mina.



Ini walaupun kemungkinan penyebaran penyakit dalam kalangan jemaah, yang menghabiskan lima hari dalam keadaan rapat antara satu sama lain, sering makan di luar dan tidur di tanah, menjadi kebimbangan berterusan pihak berkuasa.



Pada masa lalu, kejadian seperti rempuhan, kebakaran dan rusuhan maut pernah berlaku.



Kejadian rempuhan pada 2015, umpamanya, membunuh hampir 800 jemaah haji, kata Riyadh, walaupun kiraan oleh negara-negara yang rakyat mereka terjejas menunjukkan lebih 2,000 maut termasuk lebih 400 dari Iran.



Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengambil langkah bagi menghadapi sembarang ancaman keselamatan, tetapi tiada ancaman khusus telah dikesan, kata seorang jurucakap Sabtu lalu, menurut Reuters.



Seorang jemaah dari Yaman, Encik Qaboos Ghalib, berkata beliau berasa seolah-olah baru dilahirkan semula selepas melakukan ibadah haji buat kali pertama ini.



"Saya berdoa bagi perdamaian di negara Arab secara umum dan di Yaman khususnya, dan agar perang berakhir," katanya kepada agensi berita itu.




WUQUF DI ARAFAH



Ibadah haji bermula kelmarin dan jemaah melakukan salah satu perkara wajib dalam ibadah iaitu wuquf di Arafah, semalam.



Berikut angka yang menggambarkan skala pelaksanaan rukun Islam kelima itu tahun ini:



  • Lebih dua juta jemaah dari pelbagai negara yang melakukan haji tahun ini, menurut angka rasmi. Ini berbanding 1.86 juta pada 2016 dan hanya 24,000 pada 1941.

  • Sekitar 18,000 pekerja pertahanan awam, antara puluhan ribu kakitangan keselamatan, bertugas membantu melindungi jemaah haji.

  • Beribu-ribu kamera keselamatan dipasang di sepanjang laluan haji demi keselamatan jemaah.

  • 25 hospital yang disokong 180 ambulans dan lebih 30,000 pengamal kesihatan, dikerahkan untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada jemaah.

  • Puluhan ribu khemah berhawa dingin disediakan bagi jemaah.

  • Sekitar 14,000 penerbangan antarabangsa dan domestik telah membawa jemaah melakukan ibadah ini.

  • Sekitar 21,000 bas digunakan untuk membawa jemaah.

  • Sekitar 16,000 menara telekomunikasi didirikan

  • 3,000 titik akses WiFi disediakan untuk berkhidmat kepada jemaah.

  • 8 juta naskhah Al-Quran dan terjemahan serta buku agama lain akan diberi kepada jemaah

  • 30 juta jemaah yang Arab Saudi harap dapat sambut setiap tahun mulai 2030

  • Sekitar 54 juta orang yang melakukan haji sepanjang 25 tahun lalu, menurut angka rasmi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >