Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jemaah haji dijangka laksana wukuf di Arafah hari ini

Jul 19, 2021 | 05:30 AM



MAKKAH: Ribuan jemaah haji yang terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini mula bergerak ke Mina semalam sebagai persediaan memulakan ibadat tersebut sebelum melakukan wukuf di Arafah pada hari ini.



Setelah tiba di Makkah dan menunaikan tawaf qudum di Masjidil Haram, para jemaah semalam mula bertolak ke Mina untuk perarakan pada hari Tarwiyah.



Pihak berkuasa di Arab Saudi juga telah menyelesaikan semua persiapan, termasuk khemah di Mina, menurut Saudigazette semalam.



Dari Mina, para jemaah akan pergi ke Padang Arafah pada hari ini - yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer - untuk menunaikan wukuf di Arafah.



Saudigazette melaporkan jemaah yang tiba lebih awal juga berpeluang ke Masjidil Haram untuk mengerjakan tawaf qudum atau tawaf selamat datang dan sa'i.



Hanya 60,000 jemaah - warga dan penduduk di negara itu - dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima berkenaan bagi tahun ini melalui undian.



Mereka dipilih selepas membuat permohonan secara dalam talian menerusi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang turut meletakkan syarat jemaah perlu melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 selain tidak pernah menunaikan haji sebelum ini.



Mereka mula tiba di kota suci Makkah kelmarin - tahun kedua dalam keadaan pandemik Covid- 19.



Kerajaan berusaha mengulangi kejayaan tahun lalu iaitu tiada penularan wabak virus itu selama lima hari ibadah haji itu.



Antara jemaah terpilih ialah Encik Ameen, seorang kontraktor minyak dari India berusia 58 tahun yang berpusat di bandar Dammam di timur negara itu yang terpilih untuk mengerjakan ibadah itu bersama isterinya dan tiga anak mereka.



"Kami sangat gembira. Begitu ramai rakan dan saudara seagama tidak berpeluang," katanya kepada agensi berita AFP.



Arab Saudi turut meningkatkan kawalan keselamatan di Makkah sebelum bermulanya ibadah haji tahun ini.



Pusat pemeriksaan di luar bandar dikawal rapi bagi memastikan jemaah haji dengan permit yang disahkan sahaja dibenarkan masuk. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >