MINA - Jemaah haji mula melontar jamrah, peringkat akhir rukun Islam kelima itu, di tengah-tengah langkah keselamatan ketat.

Sekitar 60,000 jemaah yang dalam hari pertama di Mina, telah menyempurnakan ibadah itu dengan mengikut prosedur ditetapkan seperti hanya boleh melontar jamrah di lokasi yang ditetapkan.

Dengan memakai pelitup muka, para jemaah melontar tujuh batu yang diambil daripada beg-beg bertutup disediakan oleh pihak berkuasa.

Disebabkan pandemik Covid-19 buat dua tahun berturut-turut kali, pihak berkuasa Arab Saudi telah membenarkan hanya 60,000 jemaah yang sudah divaksin sepenuhnya. Ini berbanding 10,000 jemaah tahun lalu.

Sesudah menyelesaikan ibadah melontar jamrah selama tiga hari, jemaah akan pulang ke Makkah, sekaligus bermakna berakhirnya ibadah haji pada tahun ini. - Agensi berita