Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jemaah haji perlu tunggu 14 hari untuk tunai umrah kali kedua

Apr 21, 2021 | 01:24 AM



MAKKAH: Jemaah haji yang mahu menunaikan umrah buat kali kedua perlu menunggu 14 hari sebelum menempah tarikh berikutnya.



Agensi berita yang ditukil Berita Harian Malaysia melaporkan pada Selasa (20 April), Ketua Perancang dan Strategi di Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al-Maddah, berkata aplikasi Eatmarna akan dilancarkan di sistem Android tidak lama lagi bagi tujuan itu.



"Aplikasi Eatmarna di Android sepatutnya dilancarkan lebih awal, namun ditangguhkan atas ketetapan Android, sementara Apple sudah menyelesaikan prosedurnya lebih awal.



Kementerian mengkaji lokasi yang boleh digunakan jemaah haji untuk menunaikan umrah dengan pematuhan penjarakan sosial bagi memenuhi protokol kesihatan.



Al-Maddah berkata, jemaah haji akan mula menunaikan umrah pada 4 Oktober iaitu kumpulan pertama umrah tahun ini dan setakat ini 35,000 permohonan umrah sudah didaftarkan.



Beliau berkata, bagi fasa pertama, jemaah haji akan mengerjakan umrah pada enam waktu berbeza dalam sehari, iaitu tiga jam bagi setiap jemaah.



Di antara waktu matahari terbenam sehingga maghrib, katanya, jemaah tidak dibenarkan menunaikan umrah, sebaliknya tempoh ini akan digunakan bagi kerja membersih dan membasmi kuman.



"Jemaah haji akan mula menunaikan umrah pada tengah malam, pembasmian kuman dilakukan sebelum menerima kehadiran jemaah.



"Setiap kumpulan disertai penyelia yang akan memastikan jemaah mematuhi penjarakan sosial dan mengikut arahan serta garis masa ditetapkan," katanya.



Bilik pengasingan juga disediakan di hotel berdekatan untuk menangani sebarang kes berpotensi.



Tahap kedua pula dijadual dimulakan dua minggu kemudian iaitu selepas fasa penilaian komprehensif dilakukan bertujuan mengatasi segala kelemahan yang ada pada tahap pertama.



"Kerajaan mengambil langkah lebih berwaspada sepanjang musim haji dan umrah untuk melindungi umat Islam di seluruh dunia serta memastikan mereka dapat menunaikan haji dengan mudah lagi tenang.



"Rancangan bagi tahap ketiga bergantung kepada maklum balas mengenai komitmen jemaah terhadap protokol dan penyesuaian dengan keadaan semasa," katanya.



Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Akidah Makkah, Sheikh Dr Abdullatif Abdulaziz, mengumumkan kesediaan kementeriannya untuk menerima jemaah umrah di semua lokasi, sesuai dengan protokol kesihatan yang diluluskan.



Beliau memuji usaha kepimpinan dalam menghadapi wabak itu, di samping peranan sektor kerajaan dalam memastikan keselamatan penduduknya serta jemaah umrah. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >