Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jemaah haji sambut Aidiladha, lontar jamrah

Jul 10, 2022 | 05:30 AM



ARAFAH: Kira-kira sejuta jemaah haji telah bergerak kembali ke Mina melalui Muzdalifah sebagai persiapan peringkat akhir ibadat haji selepas berkumpul dan mendengar khutbah Arafah kelmarin.



Beberapa minit selepas matahari terbenam, jemaah mula bergerak ke dataran terbuka Muzdalifah yang berbatu, di mana mereka akan solat maghrib dan isyak.



Mereka juga mengutip batu kerikil untuk ibadat merejam syaitan di Jamrat Al-Aqabah semalam iaitu hari pertama Aidiladha dan hari ke-10 Zulhijah.



Tiga hari berikutnya iaitu hari ini, Isnin dan Selasa adalah hari Tasyriq, di mana jemaah haji akan melempar tujuh batu ke atas setiap Jamarat kecil, sederhana dan besar.



Ambulans mengiringi rombongan bas yang dalam perjalanan ke Muzdalifah, manakala rondaan keselamatan menguatkuasakan jarak antara kenderaan untuk memastikan aliran trafik yang lancar.



Beberapa jemaah haji berjalan kaki melalui laluan pejalan kaki sepanjang 25 kilometer (km) yang menghubungkan Arafah dengan Mina melalui Muzdalifah, yang terpanjang seumpamanya di dunia.



Protokol kesihatan turut diperketatkan pada musim haji kali ini susulan ancaman Covid-19 masih serius dan pihak berkuasa Arab Saudi memperketatkan kawalan bagi membendung penularan.



Sementara itu Arab News melaporkan walaupun hanya sekitar sejuta jemaah menunaikan ibadah haji tahun ini berbanding kelaziman sekitar 2.9 juta jemaah, mereka dapat menunaikan ibadah dalam keadaan lebih selesa lagi tenang, terutama wukuf di Arafah.



Kerajaan Arab Saudi telah mengehadkan jumlah jemaah sejak 2020 kerana ancaman Covid-19 masih ada dan memerlukan langkah tambahan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan jemaah.



Selain itu, suhu panas mencecah 42 darjah Celsius turut menimbulkan kebimbangan mengenai dehidrasi, namun ia tidak menghalang jemaah menunaikan wukuf dalam keadaan tenang lagi lancar.



Ibadah haji tahun ini yang disifatkan terbesar sejak pandemik koronavirus melanda dua tahun lalu berjalan seperti yang dirancang tanpa sebarang masalah besar.



Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Haji dan Umrah, pada sidang akhbar di Mina kelmarin, memberi jaminan semua jemaah berada dalam keadaan baik.



Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Mohammed al-Abd al-Aly, berkata seramai 25,000 petugas kesihatan berkhidmat sepanjang musim haji di Makkah dan Madinah.



Katanya, sebanyak 23 hospital dengan 4,654 boleh digunakan oleh jemaah yang jatuh sakit atau memerlukan bantuan perubatan.



"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,080 katil disediakan untuk pesakit yang memerlukan rawatan rapi dan 238 bagi mereka yang mengalami strok haba susulan cuaca panas ketika ini.



"Jangkitan Covid-19 masih ada, namun kami berjaya mengawal penularan dalam kalangan jemaah dan boleh dikatakan status kesihatan semua jemaah ketika ini adalah memuaskan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >