Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jemaah Iran kembali tunai haji selepas hubungan Riyadh-Teheran pulih

Jun 28, 2023 | 02:59 PM



MAKKAH: Pemulihan hubungan diplomatik antara Arab Saudi dengan Iran bukan saja meredakan ketegangan di Teluk, malah membolehkan para jemaah Iran kembali mengerjakan ibadah haji tahun ini.


Tujuh tahun permusuhan antara golongan Sunni dan Syiah yang telah berakhir itu menyaksikan para jemaah Iran turut menyertai jemaah dari saentero dunia menunaikan rukun Islam kelima.

Tetapi pada musim haji kali ini, yang berlangsung selepas tiga bulan Riyadh dan Teheran bersetuju untuk membaiki hubungan, suasana tiba-tiba sangat berbeza.

Seorang pengendali pelancongan Iran yang sebelum ini telah beberapa kali mengerjakan haji menyatakan beliau merasai “keselesaan dan keselamatan” di Arab Saudi buat kali pertama.

“Ya, kami telah mengalami gangguan,” kata lelaki berusia 55 tahun itu, yang tidak mahu namanya disebutkan.

“Pada mulanya kami merasakan kehadiran kami seolah-olah tidak diingini,” katanya ketika ditemui berhampiran Masjidil Haram di Makkah. “Tetapi semua itu telah berubah sekarang selepas perdamaian.”

Perpecahan kedua-dua negara pada Januari 2016 itu berlaku apabila Riyadh memutuskan hubungan selepas demonstrasi di kedutaannya di Iran berhubung hukuman mati yang dikenakan Arab Saudi terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

Pada Mac, kedua-dua pihak menjalin semula hubungan yang diuruskan oleh China. Pada 6 Jun lalu, Iran membuka semula kedutaannya di Riyadh dan menteri luar Arab Saudi pula mengadakan lawatan ke Teheran.

Pemulihan hubungan itu telah memberi kesan serantau yang sebelum ini menyaksikan Arab Saudi dan Iran menyokong pihak yang bertelagah dalam beberapa konflik dan pertikaian.

Arab Saudi telah membuka rundingan dengan pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran dan memperbaiki hubungan dengan pemimpin Syria, Encik Bashar al-Assad.

Arab Saudi dan Iran saling menuduh pada 2015, apabila 464 warga Iran adalah antara 2,300 jemaah haji yang terbunuh dalam rempuhan – insiden terburuk di Tanah Suci.

Pada 1987, pasukan keselamatan Saudi bertempur dengan jemaah haji Iran yang telah menganjurkan protes tanpa kebenaran, mengakibatkan kematian lebih 400 orang termasuk 275 warga Iran.

Lebih 86,000 rakyat Iran, termasuk 300 yang berusia lebih 80 tahun, sedang menunaikan haji tahun ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >