Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah M'sia lebih sedia, tenang ibadah hasil kursus Tabung Haji

Jun 16, 2022 | 6:11 AM
8b19b7f1-45c5-44e1-91e6-6beecfb31e7b
-

RIYADH: Jemaah haji Malaysia lebih bersedia dan tenang menunaikan umrah mereka, kata pengarah operasi Lembaga Tabung Haji, Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah.

Beliau berkata pandangan tersebut adalah berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan kakitangan TH selepas beberapa kumpulan jemaah selesai menjalani umrah pertama mereka setibanya di Makkah.

"Menerusi maklum balas yang diterima daripada jemaah, mereka tidak menemui sebarang masalah besar kerana mereka dapat melakukan tawaf dengan mudah kerana tidak ada ramai orang.

"Ini menyusuli peraturan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan mereka yang perlu melakukan umrah berada di sana," kata beliau ketika ditemui wartawan di ibu pejabat TH di bangunan Abraj Al Janadriyah di Makkah.

Ustaz Tengku Aziz berkata jemaah boleh memahami ibadah umrah dan haji dengan lebih baik, dengan jemaah secara umum hanya melahirkan keprihatinan mengenai isu kecil yang tidak menjejas ibadah mereka.

Beliau yakin kursus yang dianjurkan Tabung Haji sebelum jemaah berangkat ke Tanah Suci merupakan antara faktor yang membantu mereka menunaikan umrah dengan sebaik mungkin, selain peranan kakitangan Tabung Haji di sana yang menyediakan maklumat dari masa ke masa.

Ustaz Tengku Aziz berkata setiap rombongan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan merangkumi 100 jemaah di bawah bimbingan dua pembimbing dan beberapa kakitangan daripada hostel masing-masing.

Sementara itu, ketua rombongan haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata TH menyediakan program latihan berterusan kepada bakal jemaah haji sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Beliau berkata pelbagai wadah latihan, termasuk kursus haji dalam talian, juga disediakan bagi memastikan jemaah sentiasa menerima bimbingan bukan hanya mengenai ibadah, bahkan soal penjagaan kesihatan dan kebersihan, terutama di Arafah dan Mina. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg