SEKITAR RAMADAN

Jemaah umrah dalam 16 hari Ramadan naik 40%

JEDDAH: Lebih 14 juta jemaah tiba di Makkah dalam tempoh 16 hari Ramadan tahun ini bagi menunaikan ibadah umrah, meningkat 40 peratus berbanding tahun lalu.

Jumlah itu diumumkan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat Haji yang dipengerusikan Putera Khaled sendiri, lapor sebuah penerbitan tempatan.