Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

'Jenaka rogol': Kementerian Pendidikan M'sia akan ambil tindakan tegas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

'Jenaka rogol': Kementerian Pendidikan M'sia akan ambil tindakan tegas

Apr 30, 2021 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan tegas dan sewajarnya jika terbukti wujud kes membabitkan dakwaan 'jenaka rogol' oleh seorang guru sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak.

"Kami di pihak kementerian memandang serius berhubung perkara ini dan siasatan dalaman sedang dilakukan memandangkan kes ini juga sudah menjadi kes polis.

"Kami pandang serius dan siasat dengan mendalam bagi melihat keadaan sebenarnya. Jika terbukti ada kes, maka tindakan sewajarnya dan tegas akan diambil," katanya pada sidang media khas di sini, kelmarin.

Polis sebelum ini dilaporkan menerima dua laporan berhubung dakwaan seorang guru mengeluarkan perkataan berunsur lucah dengan menggalakkan perlakuan rogol ketika sesi kelas subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata dua laporan itu dibuat seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun kerana perkataan dikeluarkan guru itu tidak sesuai dan gurauan rakan sekelas mengenai kes terbabit.

Kejadian itu tular selepas seorang pelajar perempuan memuat naik video menerusi aplikasi TikTok mengenai cara pengajaran guru lelaki berkenaan yang dikatakan berbaur lucah ketika membincangkan topik kesedaran mengenai gangguan seksual.

Kejadian itu dipercayai berlaku Jumaat lalu (23 Apr) di sebuah sekolah di Selangor.

Sementara itu, ditanya mengenai pemberian 150,000 komputer riba kepada anak-anak daripada keluarga miskin yang dikategorikan sebagai 'B40' seperti yang diumumkan pada Belanjawan 2021, Datuk Dr Radzi berkata program berkenaan masih dan sedang berjalan.

"Program ini sudah dimulakan, lebih 13,000 unit sudah diedarkan setakat ini dan ia akan terus diedarkan.

"Proses ini berjalan dengan baik dan akan diteruskan pengagihan baki yang selebihnya," katanya. - BHM.


"Kami di pihak kementerian memandang serius berhubung perkara ini dan siasatan dalaman sedang dilakukan memandangkan kes ini juga sudah menjadi kes polis.
Kami pandang serius dan siasat dengan mendalam bagi melihat keadaan sebenarnya. Jika terbukti ada kes, maka tindakan sewajarnya dan tegas akan diambil."

- Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3