Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jenama kosmetik Malaysia cipta alat solek durian Musang King pertama dunia

May 5, 2018 | 6:31 PM
ALAT SOLEK DURIAN: Koleksi Elianto Durian Musang King ini memaparkan pelbagai jenis alat solek yang berwarna kuning, hasil inspirasi daripada isi durian yang turut berwarna kuning.
ALAT SOLEK DURIAN: Koleksi Elianto Durian Musang King ini memaparkan pelbagai jenis alat solek yang berwarna kuning, hasil inspirasi daripada isi durian yang turut berwarna kuning. - Foto THE STAR

KUALA LUMPUR: Sebuah jenama kecantikan Malaysia telah mencipta koleksi alat solek berperisa durian pertama di dunia.

Namun, ini bukan sebarang durian kerana perisa durian yang digunakan ialah Musang King, atau Mao Shan Wang, sejenis durian yang disukai peminat buah berduri itu kerana isinya yang kuning gelap dan tebal.

Koleksi Elianto Durian Musang King itu memaparkan alat solek yang berwarna kuning antara lain bagi set penjagaan bibir, pewarna bibir dan pembayang mata.

Menurut pengarah urusan dan pemilik jenama Elianto Make Up, Encik Teo Ai Siong, mereka ingin memberi suntikan segar dan berani kepada alat solek.

"Dengan memperkenalkan koleksi yang unik seperti Elianto Durian Musang King, kami meraikan ciri tersendiri dan kepelbagaian.

"Alat solek tidak bersempadan, ia memberi wanita kebebasan untuk meluahkan diri mereka," kata Encik Teo.

Selain alat solek, koleksi itu turut memaparkan minyak wangi Elianto Durio Bloom EDP yang disifatkan sebagai mempunyai bau kayu-kayan yang menyegarkan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg