Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jenama terkemuka didakwa guna buruh paksa China

Mar 2, 2020 | 4:16 PM
Foto yang diambil pada 4 Jun 2019 menunjukkan satu kemudahan yang dipercayai sebagai kem pendidikan-semula bagi ramai anggota minoriti penganut Islam ditahan, terletak di Akto, Xinjiang, China. Foto: AFP.
Foto yang diambil pada 4 Jun 2019 menunjukkan satu kemudahan yang dipercayai sebagai kem pendidikan-semula bagi ramai anggota minoriti penganut Islam ditahan, terletak di Akto, Xinjiang, China. Foto: AFP. -

SYDNEY - China kini sedang memindahkan ribuan orang Uighur dari kem tahanan untuk bekerja di beberapa kilang yang menghasilkan produk untuk jenama terkemuka global, kata seorang pakar warga Australia pada Isnin (2 Mac).

Antara syarikat yang terlibat adalah, Apple, BMW dan Sony yang didakwa telah mendapatkan bahan bekalan daripada kilang yang menggunakan buruh paksa - satu dakwaan yang bakal mengejutkan banyak syarikat di serata dunia.

Insititut Dasar Strategi Australia mengatakan pemerintah China telah memindahkan seramai 80,000 orang kaum Uighur dari kem tahanan di Xinjiang ke beberapa kilang di serata China.

"Mereka kini sedang bekerja di kilang-kilang dalam rantaian bekalan bagi sekurang-kurangnya 83 jenama terkemuka sedunia dalam sektor teknologi, pakaian dan kenderaan," kata pakar itu. - AFP.

*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg