Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun akan 'hilang' jika kemerosotan kelahiran tidak ditangani: Penasihat PM

Mar 07, 2023 | 05:30 AM



TOKYO: Jepun akan luput jika ia tidak dapat memperlahankan penurunan kadar kelahirannya, menurut penasihat kepada perdana menteri, Encik Fumio Kishida.



Kadar kelahiran rendah mengancam akan memusnahkan jaringan keselamatan sosial dan ekonomi negara itu, kata Cik Masako Mori dalam satu temu bual di Tokyo selepas Jepun mengumumkan pada 28 Februari lalu bahawa jumlah bayi yang dilahirkan pada 2022 merosot ke paras terendah rekod.



"Jika kita terus begini, negara ini akan lenyap," ujar beliau.



"Orang yang terpaksa menjalani proses kehilangan yang akan menghadapi bahaya besar. Ia adalah satu penyakit dahsyat yang akan menimpa kanak-kanak itu," tambah Cik Mori.



Pada 2022, kira-kira dua kali lebih ramai orang mati berbanding yang dilahirkan di Jepun, dengan kurang daripada 800,000 kelahiran dan kira-kira 1.58 juta kematian.



Encik Kishida, yang cemas melihat perkembangan itu, telah berikrar akan menggandakan perbelanjaan bagi kanak-kanak dan keluarga dalam usaha untuk mengawal penurunan itu, yang berkembang lebih cepat daripada ramalan.



Penduduk Jepun telah berkurangan kepada 124.6 juta daripada lebih 128 juta yang dicapai pada 2008, dan kadar penurunan itu semakin meningkat.



Sementara itu, peratusan warga berusia 65 tahun atau lebih meningkat kepada lebih 29 peratus pada 2022.



Walaupun Korea Selatan mempunyai kadar kesuburan lebih rendah, penduduk Jepun berkurangan dengan lebih cepat.



"Ia tidak berkurangan beransur- ansur, ia terus menjunam," kata Cik Mori, seorang anggota parlimen dewan tinggi dan mantan menteri yang menasihati Encik Kishida mengenai isu kadar kelahiran dan isu LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan aneh).



"Menjunam bermakna kanak-kanak yang dilahirkan sekarang akan tercampak ke dalam sebuah masyarakat yang tidak semula jadi, mengecut dan kehilangan keupayaan untuk berfungsi."



Jika tiada apa-apa dilakukan, sistem keselamatan sosial akan runtuh, kekuatan industri dan ekonomi akan merosot dan jumlah rekrut tidak mencukupi untuk Angkatan Pertahanan Diri melindungi negara," tambahnya.



Walaupun membalikkan kemerosotan itu amat susah sekarang akan menjadi amat sukar kerana kurangnya jumlah wanita dalam usia mengandung, kerajaan mesti melakukan segala yang boleh untuk memperlahankan kemerosotan itu dan membantu mengurangkan kerosakan, kata Cik Mori.



Cik Mori mengkritik apa yang dikatakannya sebagai kecenderungan memikirkan isu itu secara berasingan daripada kewangan, perdagangan dan khususnya pemerkasaan wanita.



"Dasar pemerkasaan wanita dan kadar kelahiran adalah sama," katanya. "Jika anda menangani perkara ini secara berasingan, ia tidak akan berkesan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >