Jepun alami kemelesetan pertama sejak 2015
May 18, 2020 | 8:23 AM
KESAN PENULARAN KORONAVIRUS: Jepun mengalami kemelesetan pertamanya sejak 2015, menurut data rasmi pada hari ini, dengan ekonomi ketiga terbesar di dunia menyusut 0,9 peratus pada suku pertama tahun ini. Kelihatan pengunjung melawat kuil Sensoji di Asakusa, Tokyo, Jepun, pada 17 Mei lalu semasa negara itu melaksanakan perintah darurat demi membendung penularan koronavirus. - - Foto: EPA-EFE
TOKYO: Jepun menghadapi kemelesetan pertamanya sejak 2015, menurut data rasmi hari ini.
Dapatan terkini menunjukkan, ekonomi ketiga terbesar di dunia menyusut 0.9 peratus pada suku pertama ketika bergelut dengan kejatuhan akibat koronavirus.
Penurunan hasil dalam negara kasar menyusul dengan penurunan 1.9 peratus pada suku keempat 2019, ketika kenaikan cukai dan taufan melanda Jepun - bahkan sebelum wabak itu menutup sebahagian besar ekonomi negara matahari terbit itu. - AFP

