Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun berdepan penularan selesema burung

Dec 02, 2020 | 05:30 AM



TOKYO: Jepun berdepan dengan penularan virus selesema burung yang dikesan di wilayah keempat Jepun, menurut kementerian pertanian negara itu semalam, sedang negara matahari terbit itu berusaha menangani pandemik Covid-19.



Gelombang jangkitan virus flu burung di ladang-ladang ternakan ayam itik mencetuskan penularan terburuk di negara itu dalam lebih empat tahun.



Virus selesema burung dikesan di sebuah ladang ternakan ayam itik di bandar Hyuga di wilayah Miyazaki di pulau Honshu, barat daya Jepun, menurut kementerian itu di lamannya.



Tiada kemungkinan manusia boleh dijangkiti virus selesema burung apabila memakan ayam itik atau telur, menurut kementerian berkenaan.



Penularan terburuk Jepun sejak sekurang-kurangnya 2016 itu bermula bulan lalu di wilayah Kagawa di pulau Shikoku, berdekatan dengan pulau Kyushu.



Sebanyak 40,000 ekor ayam di ladang Miyazaki akan dihapuskan dan ditanam, sementara eksport dalam lingkungan 3 kilometer di sekeliling ladang itu akan disekat.



Langkah terbaru itu bermakna, lebih 1.8 juta ayam akan dihapuskan sejak penularan terbaru itu bermula.



Kali terakhir virus flu burung menular di Jepun adalah pada Januari 2018, juga di wilayah Kagawa, apabila 91,000 ekor ayam dihapuskan.



Kali terakhir wabak itu menular secara meluas adalah antara November 2016 dengan Mac 2017, menyebabkan 1.67 juta ayam dihapuskan akibat selesema burung jenis H5N6.



Dalam satu perkembangan lain, Jepun mencatatkan 149,000 kes jangkitan Covid-19 sejauh ini, dengan 2,076 telah terkorban dan 127,000 pula dilaporkan telahpun pulih.



Dalam langkah terbaharunya, Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun dijangka membenarkan warga asing tanpa visa pekerja untuk mendapatkan pekerjaan sambilan jika menghadapi kesukaran kembali ke negara asal disebabkan pandemik Covid-19.



Agensi itu akan mula menerima permohonan pada Selasa di pusat imigresen di seluruh negara, menurut agensi berita Jepun, Jiji Press.



Warga asing dibenarkan bekerja sambilan hingga 28 jam seminggu sekiranya memenuhi syarat-syarat ditetapkan, seperti gagal mendapatkan penerbangan pulang ke negara asal dan sokongan kewangan yang tidak mencukupi daripada keluarga.



Keutamaan diberi kepada pelawat jangka pendek, termasuk dengan tujuan melancong, urusan perniagaan atau mengunjungi saudara dan warga asing mempunyai visa khas, yang tidak dibenarkan bekerja setelah menamatkan kursus latihan teknikal.



Menurut agensi itu, setakat Rabu lalu, terdapat kira-kira 16,000 pelawat dengan visa jangka pendek dan sekitar 5,000 dengan visa khas.



Sementara itu, ratio kadar pasaran pekerjaan di Jepun meningkat kepada 1.04 peratus berbanding 1.03 peratus September lalu, iaitu 104 tawaran kerja bagi setiap 100 pencari pekerjaan.



Peningkatan unjuran itu sejak April tahun lalu, menunjukkan pengambilan pekerja masih diperlukan walaupun keadaan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >