Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jepun longgar peraturan Covid-19 secara drastik

Feb 12, 2023 | 5:30 AM
7f914d28-dba3-42bf-8cfc-d0413c8653a9
-

TOKYO: Kerajaan Jepun memutuskan untuk melonggarkan peraturan Covid-19 secara drastik membabitkan pemakaian pelitup muka, berkuat kuasa 13 Mac depan.

Akhbar Nikkei melaporkan peraturan baru itu membabitkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan sekolah.

Ia sebagai pendekatan Perdana Menteri, Encik Fumio Kishida, untuk mengendurkan peraturan berkaitan aktiviti ekonomi dan sosial.

Orang ramai hanya perlu memakai pelitup muka ketika menaiki tren dan bas semasa waktu puncak atau lain-lain keadaan, khususnya ketika situasi sesak.

Pemakaian pelitup muka untuk pelajar tidak lagi diperlukan semasa melakukan aktiviti sekolah.

Keputusan itu susulan langkah kerajaan menurunkan status undang-undang Covid-19 kepada kategori yang sama dengan penyakit berjangkit biasa seperti selesema bermusim pada 8 Mei lalu.

Tiada mandat mewajibkan pemakaian pelitup muka di Jepun, namun begitu ianya menjadi budaya dalam kalangan rakyat negara itu selama tiga tahun.

Encik Kishida berkata terpulang kepada individu berkenaan sama ada mahu mengenakan pelitup muka atau sebaliknya.

Walaupun garis panduan baru itu diperkenal bagi membolehkan setiap individu menilai sendiri sama ada mahu atau tidak memakai pelitup muka, orang ramai akan disyorkan memakainya dalam situasi tertentu.

Antaranya ketika mereka mempunyai gejala penyakit atau ketika melawat institusi perubatan.

Kerajaan Jepun menegaskan pemakaian pelitup muka juga akan dirangka sebagai langkah berkesan untuk melindungi diri sendiri termasuk orang sekeliling. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg