Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun peringati bencana Fukushima

Mar 12, 2023 | 04:59 PM



FUKUSHIMA: Jepun memperingati ulang tahun ke-12 bencana gempa bumi dan tsunami di Fukushima bagi menghormati kehilangan nyawa lebih 20,000 orang serta kediaman yang terpaksa ditinggal akibat kesan radiasi.



Perdana Menteri, Fumio Kishida, menghadiri acara peringatan yng diselubungi suasana suram itu dan bertafakur selama di seminit untuk memperingati mangsa.



"Sekarang pun, saya hampir tidak dapat menahan rasa sedih apabila memikirkan perasaan mereka yang kehilangan ahli keluarga, saudara dan rakan tersayang," kata Kishida.



Orang ramai hadir meletakan bunga di lokasi tragedi iaitu di kampung Hisanohama dan kawasan yang musnah akibat tsunami.



Bencana yang mencetuskan tsunami, mengakibatkan tragedi di Fukushima itu disambut dalam suasana hiba, namun sokongan umum terhadap tenaga nuklear kini makin kembali meningkat susulan kenangan berhubung malapetaka pada 2011 itu semakin dilupakan.



Gempa bumi berukuran sembilan pada skala Richter itu, yang keempat terkuat di dunia, memusnahkan timur laut Jepun 12 tahun lalu, mengakibatkan 18,500 mangsa terkorban atau hilang selain memusnahkan loji nuklear Fukushima Daiichi.



Walaupun tiada kematian dikaitkan secara langsung dengan bencana nuklear itu, sekitar 165,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka secara sukarela ataupun paksa. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >