Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun sahkan kes pertama virus misteri Wuhan

Jan 16, 2020 | 06:38 PM



NEGARA Jepun mengesahkan kes jangkitan virus pneumonia misteri Wuhan yang pertama menurut kementerian kesihatan negara itu pada Khamis (16 Jan), lapor Straits Times (ST).



Kata kementerian itu, seorang lelaki berusia sekitar 30 tahun yang tinggal di wilayah Kanagawa, selatan Tokyo disahkan menghidapi virus itu setelah menjalani pemeriksaan.



Ia juga didapati bahawa lelaki itu, juga seorang warga China telah pertama kali mempunyai kesan penyakit tersebut sewaktu lawatannya ke Wuhan pada 3 Januari. 



Kemudian, beliau telah pulang ke Jepun pada 6 Januari dan dirawat di hospital pada 10 Januari.



Setelah pulih dengan sepenuhnya, lelaki itu diizinkan keluar dari hospital pada Rabu (15 Jan) dan kes itu diisytiharkan sebagai jangkitan coronavirus Wuhan, menurut Insitut Penyakit Berjangkit Nasional Jepun (NIID).



Memandangkan kebanyakan kes jangkitan virus Wuhan itu berpunca daripada Pasar Makanan Laut Wuhan, lelaki itu memberitahu bahawa beliau tidak melawati pasar tersebut sewaktu di China.



Oleh itu, Kementerian Kesihatan, Tenaga Manusia dan Kebajikan Jepun memberitahu bahawa lelaki tersebut dijangkiti virus itu sewaktu berada dekat dengan pesakit lain.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >