Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KESAN PANDEMIK COVID-19

Jepun sangkal laporan Sukan Olimpik dibatal

Timbul desas-desus temasya sukan itu akan ditangguhkan dengan Jepun kembali menjadi hos Olimpik pada tahun 2032
Jan 23, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Laporan mengenai kemungkinan Sukan Olimpik Tokyo dibatalkan adalah tidak benar, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Manabu Sakai, kepada wartawan semalam, menyangkal laporan sebuah akhbar yang mengatakan acara itu akan dibatalkan.



The Times semalam melaporkan bahawa kerajaan Jepun telah secara senyap menyimpulkan bahawa temasya Olimpik Tokyo yang sudah tertangguh hampir setahun akan dibatalkan tahun ini disebabkan pandemik koronavirus, menurut seorang anggota kanan gabungan kerajaan yang namanya tidak disebut.



Fokus kerajaan kini kepada menjamin penganjuran temasya sukan itu pada tahun 2032, kata akhbar itu.



Penganjur Sukan Olimpik tidak segera memberi respons ketika diminta komen mengenai laporan itu.



Penganjur dan kerajaan Jepun telah secara konsisten mengatakan bahawa mereka akan meneruskan persiapan untuk temasya sukan itu, yang dijadual bermula 23 Julai ini setelah ditunda daripada tarikh asal 2020 akibat pandemik.



Malah Perdana Menteri Yoshihide Suga dipetik sebagai berkata beliau begitu "bertekad" mahu melihat penganjuran temasya sukan itu diteruskan.



Dalam reaksi awal pasukan antarabangsa, Jawatankuasa Sukan Olimpik Australia dan Amerika Syarikat kededuanya berkata semalam bahawa mereka kekal fokus untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik seperti mana ia dijadualkan.



"Sebarang perhubungan rasmi mengenai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 akan disampaikan oleh IOC (Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik), Jawatankuasa Penganjur Jepun dan kerajaan Jepun," kata Jawatankuasa Sukan Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat melalui Twitter.



"Kami belum menerima sebarang maklumat mengesahkan Sukan Olimpik tidak akan berlangsung seperti yang dirancang, dan fokus kami masih pada kesihatan dan kesediaan atlet Pasukan Amerika menjelang Sukan Olimpik pada musim panas ini."



Sebelum keputusan penangguhan Sukan Olimpik dibuat tahun lalu, Jawatankuasa Sukan Olimpik Australia (AOC) merupakan antara yang pertama mengatakan bahawa atlet negaranya tidak akan ke Tokyo.



"AOC akan terus dengan rancangannya untuk memastikan pasukan Sukan Olimpik Australia tiba di Tokyo, bersaing dan kembali ke tanah air dengan selamat dan bebas Covid- 19," kata AOC dalam satu kenyataan.



Jepun tidak terjejas teruk oleh pandemik seperti kebanyakan ekonomi maju yang lain, tetapi kenaikan kes baru-baru ini menyebabkan ia menutup sempadannya kepada warga asing dan mengisytiharkan keadaan darurat di Tokyo dan beberapa bandar utama lain.



Sekitar 80 peratus warga Jepun bagaimanapun tidak ingin Sukan Olimpik diadakan pada musim panas ini, menurut satu tinjauan pendapat, kerana bimbang kemasukan atlet ke negara itu akan meningkatkan penularan virus.



Oleh itu, kerajaan mencari jalan untuk menutup malu dengan mengumumkan pembatalan yang membuka peluang kepada Tokyo menganjur Sukan Olimpik pada tarikh kemudian, menurut laporan The Times.



"Tiada sesiapa yang mahu menjadi yang pertama untuk mengatakannya tetapi konsensusnya bahawa ia terlalu sukar," kata sumber itu kepada The Times.



"Secara peribadi, saya rasa ia tidak akan berlaku."



Encik Suga minggu ini berkata acara kemuncak akan "membawa harapan dan keberanian kepada dunia".



Presiden IOC Thomas Bach menegaskan komitmennya untuk meneruskan penganjuran Sukan Olimpik tahun ini dalam wawancara dengan KyodoNews kelmarin.



"Kami, pada ketika ini, tiada sebab sama sekali untuk percaya bahawa Sukan Olimpik tidak akan dirasmikan pada 23 Julai di Stadium Olimpik di Tokyo," kata Encik Bach kepada Kyodo. - Reuters.




SUARA TIDAK YAKIN



"Tiada sesiapa yang mahu menjadi yang pertama untuk mengatakannya tetapi konsensusnya bahawa ia terlalu sukar... Secara peribadi, saya rasa ia tidak akan berlaku."
- Sumber yang namanya tidak disebut yang dipetik akhbar 'The Times'.



SUARA YAKIN



"Kami, pada ketika ini, tiada sebab sama sekali untuk percaya bahawa Sukan Olimpik tidak akan dirasmikan pada 23 Julai di Stadium Olimpik di Tokyo."
- Presiden IOC Thomas Bach.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >