Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, Jepun sekata mahu Selat Taiwan aman dan stabil

Apr 18, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan Jepun menyeru "keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan" dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan setelah Presiden Amerika Joe Biden dan Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga bertemu kelmarin.



Ia merupakan kali pertama pemimpin Amerika dan Jepun secara terang-terangan menyebut tentang Taiwan dalam kenyataan bersama mereka sejak 1969, walaupun menteri pertahanan dan luar negara mereka juga telah "menekankan pentingnya keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan" dalam satu kenyataan bulan lalu.



China menganggap Taiwan sebagai wilayah yang telah mengasingkan diri yang mahu disatukan semula, dan tidak teragak-agak menggunakan kuasanya jika perlu.



China kebelakangan ini telah menghantar pesawat perang ke ruang udara Taiwan, tindakan yang dianggap Tokyo sebagai percubaan satu pihak untuk mengubah status quo di Laut China Timur dan Selatan, serta sebagai ancaman terhadap keselamatannya sendiri.



Washington dan Tokyo mengatakan mereka menggalakkan penyelesaian secara damai bagi isu rentas selat dalam kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas Encik Biden menjadi tuan rumah kepada Encik Suga di Washington, lapor The Straits Times.



Lawatan Encik Suga, yang pertama oleh pemimpin dunia semasa pentadbiran Biden, menunjukkan pentingnya wilayah Indo-Pasifik terhadap dasar luar pentadbiran Biden serta kepentingan Jepun dalam strategi Amerika.



"Kami komited bekerjasama menghadapi tantangan dari China dan isu-isu seperti Laut China Timur, Laut China Selatan, dan juga Korea Utara, untuk memastikan masa depan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka," kata Encik Biden pada sidang media bersama di Rose Garden di Rumah Putih.



Beliau turut mengumumkan bahawa Jepun dan Amerika telah melancarkan kerjasama baru yang diberi nama Kerjasama Daya Saing dan Ketahanan (Core), di mana mereka akan memajukan inovasi, menghentikan pandemik Covid-19 dan memerangi krisis iklim, antara lainnya. Amerika akan melaburkan AS$2.5 bilion ($3.3 bilion) dan Jepun akan melaburkan AS$2 bilion bagi membangunkan dan memanfaatkan rangkaian mudah alih 5G dan generasi akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >