Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jepun tamatkan perintah darurat, ingin rangsang ekonomi

May 25, 2020 | 10:00 PM
TAMATKAN PERINTAH DARURAT: Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, bercakap di sidang akhbar berkenaan respons negara itu dalam menangani penyakit koronavirus, di Tokyo, hari ini.
TAMATKAN PERINTAH DARURAT: Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, bercakap di sidang akhbar berkenaan respons negara itu dalam menangani penyakit koronavirus, di Tokyo, hari ini. - - Foto: REUTERS

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini mengumumkan negara matahari terbit itu akan menamatkan perintah darurat untuk Tokyo dan empat kawasan lain tetapi menyatakan langkah ketat akan dilaksanakan semula jika kadar jangkitan meningkat.

Langkah penjarakan sosial telah dilonggarkan untuk sebahagian besar negara itu sejak 14 Mei lalu ketika jumlah kes jangkitan baharu merosot, tetapi pemerintah telah mengawasi Tokyo dan empat wilayah lain.

Encik Abe juga memberitahu sidang media bahawa jumlah rangsangan dari dua pakej ekonomi akan melebihi 200 trilion yen ($2.6 trilion) tetapi masih memerlukan banyak masa untuk kembali ke kehidupan normal sambil mengawal risiko jangkitan.

Beliau menambah, Jepun telah berjaya mengawal jangkitan koronavirus hanya dalam satu setengah bulan, dengan caranya sendiri, dan ini menunjukkan kekuatan "model Jepun."

Menteri ekonomi Jepun memberitahu wartawan hari ini bahawa pemerintahnya telah mendapat persetujuan daripada penasihat utama untuk menghapus keadaan darurat untuk semua wilayah yang tinggal.

"Walaupun keadaan darurat akan ditamatkan, adalah penting untuk memperluas kegiatan ekonomi secara berperingkat ketika kita membangun cara hidup baru," kata Encik Yasutoshi Nishimura.

Beliau menambah, ketua panel penasihat telah mengesyorkan pemantauan ketat di wilayah Tokyo, Kanagawa dan Hokkaido, di mana kes-kes telah mencatatkan keadaan turun-naik. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg