Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Jepun timbang akhiri darurat dek kes berkurang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

COVID-19 DI SERATA DUNIA

Jepun timbang akhiri darurat dek kes berkurang

Kes harian merosot kepada 2,129 Ahad lalu, jumlah jangkitan teruk juga berkurangan
Sep 30, 2021 | 05:30 AM

TOKYO: Kerajaan Jepun dijangka mendapatkan kelulusan para penasihatnya untuk menggugurkan kesemua sekatan Covid-19 mulai semalam, kerana bilangan kes baru jangkitan itu berkurangan dan tekanan terhadap sistem perubatannya kian reda.

Menteri Ekonomi Yasutoshi Nishimura berkata jika diluluskan panel penasihat kerajaan, Jepun secara keseluruhannya akan melangkah keluar daripada keadaan darurat buat kali pertama dalam hampir enam bulan.

Seperti negara lain, Jepun bergelut dengan usaha membendung penularan varian Delta Covid-19 yang amat mudah berjangkit, termasuk sewaktu Sukan Olimpik Tokyo, menyebabkan sebahagian besar negara itu diletak di bawah perintah darurat.

Namun, kes harian semakin berkurangan sejak beberapa bulan lalu kepada 2,129 kes Ahad lepas. Jumlah kes teruk juga berkurangan.

Sekitar 56 peratus penduduk Jepun sudah divaksinasi sepenuhnya dan kerajaan mengumumkan bahawa semua individu yang mahu mengambil vaksin dijangka akan mendapatnya menjelang November.

Jangkitan baru Covid-19 di negara itu menunjukkan trend menurun, dengan Ketua Setiausaha Katsunobu Kato dilaporkan berkata jumlah pesakit kritikal telah berkurangan.

"Kita akan membuat keputusan (sama ada darurat ditarik pada 30 September) selepas melihat sejauh mana tekanan terhadap sistem kesihatan, menganalisis situasi vaksinasi, jumlah pesakit kritikal dan kadar penghuni katil hospital," kata sumber kerajaan.

Dalam satu sidang media berasingan, Menteri Kesihatan Norihisa Tamura berkata tekanan terhadap sistem kesihatan awam reda seiring pengurangan jumlah pesakit kritikal dan kematian Covid-19.

"Berbanding minggu sebelumnya, jelas menunjukkan tekanan terhadap sistem kesihatan semakin kurang," katanya.

Encik Tamura mengakui amat sukar menamatkan perintah darurat Covid-19 pada 12 September, sebagaimana dijadualkan sebelum ini, kerana ketika itu Jepun masih bergelut untuk mengawal peningkatan jangkitan, lapor agensi berita Kyodo News.

Sekiranya perintah darurat mahu ditamatkan, jangkitan Covid-19 di Tokyo, contohnya, perlu berada di bawah paras 500 kes setiap hari.

Ibu negara Jepun itu, bagaimanapun, merekodkan 3,081 kes baru semalam dan tidak menunjukkan tanda ia akan berkurangan.

Pada awal bulan ini, kerajaan Jepun menetapkan melanjutkan penamatan perintah darurat dari hujung Ogos ke 12 September.

Ketika itu, kawasan terbabit di bawah perintah tersebut turut diperluaskan kepada lapan wilayah, menjadikan sebanyak 21 wilayah kesemuanya.

Peningkatan kes Covid-19 di seluruh Jepun, disebabkan varian Delta, menyaksikan hopsital negara itu berdepan kesesakan dek kemasukan pesakit Covid-19.

Kerajaan Jepun dan pentadbiran metropolitan Tokyo ketika itu meminta semua institusi perubatan di bandar raya itu menambah katil dan menerima kemasukan pesakit Covid-19 seramai mana yang mungkin. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3