KUALA LUMPUR: Sekolah di negeri yang terjejas teruk akibat jerebu akan terus ditutup hingga arahan baharu dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD akan terus memantau keadaan jerebu dan sekolah hanya akan dibuka apabila paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada bawah 200, lapor Berita Harian Online semalam.