Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerebu kembali landa M'sia walau Indonesia cepat lawan kebakaran

Aug 19, 2016 | 12:37 PM



TAIPING (Perak): Malaysia mengalami semula jerebu walaupun tindakan pantas Indonesia melawan kebakaran hutan.



Beberapa bandar di negara ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana sejak seminggu lalu. Apabila ditanya tentang hal itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata musim jerebu sudah kembali.



Beliau berkata ia telah berlaku selama seminggu lalu disebabkan kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.



Bagaimana, Datuk Seri Dr Wan Junaidi berkata keadaan sudah berubah memandangkan pihak berkuasa Indonesia telah mengambil tindakan pantas untuk memerangi kebakaran hutan, tetapi kesan itu masih dirasai di negara ini.



"Ia belum mencapai tahap kritikal tetapi saya akan menulis surat kepada menteri Perhutanan dan Alam Sekitar Indonesia (Dr Siti Nurbaya Bakar) untuk memberitahu bahawa jerebu sedang kembali ke sini," katanya.



"Kita tidak mahu bergaduh tetapi kita hanya mahu memberitahu mereka bahawa jerebu sudah kembali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Pemuliharaan Ekosistem Pokok Bakau Negara di Paya Bakau Larut-Matang di sini.



Awal bulan lalu, Datuk Sri Wan Junaidi berkata Malaysia tidak akan mengalami jerebu rentas sempadan teruk tahun ini.



Ini kerana Indonesia kelihatan sedang memainkan peranan untuk menghormati komitmen mengawal fenomena tahunan itu, katanya.



Beliau berkata jerebu tidak akan menjadi begitu serius tahun ini kerana Indonesia menghadapi banyak tekanan daripada Malaysia dan Singapura kerana kedua-dua negara-negara paling sengsara dek jerebu.



Beliau mendedahkan terdapat beberapa kawasan panas di Malaysia tetapi Jabatan Alam Sekitar dan agensi lain telah membaiki keadaan dengan cepat. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >