Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerebu: Puluhan ribu rakyat Indonesia alami penyakit pernafasan

Sep 11, 2015 | 07:49 PM



JAKARTA: Puluhan ribu rakyat Indonesia telah dirawat bagi penyakit pernafasan yang disebabkan oleh asap tebal daripada ratusan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) berkata pada hari Jumaat (11 Sept).


Hampir 15,000 penduduk di wilayah Riau, 22,855 di Sumatera Selatan dan kira-kira 40,000 di Kalimantan Selatan mengalami jangkitan pernafasan, menurut satu kenyataan BNPB.


"Jerebu telah menghasilkan kesan meluas, dari segi kesihatan, keselesaan serta keselamatan. Kes jangkitan pernafasan tidak boleh dipandang ringan," kata ketua BNPB yang baru dilantik, Encik Willem Rampangilei.


Kalimantan mempunyai 1,312 titik panas dan 508 daripadanya di wilayah Kalimantan Barat, yang paling teruk terjejas, pada 5 pagi Jumaat, mengikut imej satelit.


Sumatera mencatat 575 titik panas, 78 peratus daripadanya di wilayah Sumatera Selatan.


Indeks pencemaran udara di wilayah terjejas akibat jerebu tebal - termasuk Jambi, wilayah Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan - kebanyakannya di antara paras tidak sihat dan berbahaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >