Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS, Jerman akan hantar kereta kebal ke Ukraine

Jan 26, 2023 | 3:44 PM
SOKONGAN KETENTERAAN: Ukraine meminta sekurang-kurangnya 300 kereta kebal tempur, termasuk kereta kebal Abrams (gambar atas) daripada penderma Baratnya, yang dianggapnya akan menjadi pencetus perubahan dalam konflik dengan Russia.
SOKONGAN KETENTERAAN: Ukraine meminta sekurang-kurangnya 300 kereta kebal tempur, termasuk kereta kebal Abrams (gambar atas) daripada penderma Baratnya, yang dianggapnya akan menjadi pencetus perubahan dalam konflik dengan Russia. - EPA-EFE

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Encik Joe Biden mengumumkan negaranya akan menghantar 31 kereta kebal tempur M1 Abrams ke Ukraine. Keputusan AS itu dibuat selepas Jerman bersetuju untuk menghantar 14 kereta kebal Leopard 2 A6 daripada stoknya sendiri. Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas Washington menyatakan bahawa ia tidak akan menghantar Abrams, meskipun mendapat permintaan dari Kyiv dan tekanan dari Berlin yang juga mendapat permintaan untuk menghantar kereta kebal Leopard buatan Jerman. Terdahulu Jerman mengumumkan langkah serupa yang belum pernah dilakukan oleh negara tersebut sebelum ini. Tindakan Jerman itu dialu-alukan oleh Kyiv, yang menyifatkan penghantaran kereta kebal dari Jerman itu sebagai satu titik tolak dalam usaha Ukraine untuk menentang pencerobohan Russia. Pengumuman itu dilaporkan akan menjadi sebahagian daripada perjanjian lebih luas dengan Jerman yang juga berjanji membekalkan sejumlah kecil kereta kebal Leopard 2 ke Ukraine. Ukraine meminta sekurang-kurangnya 300 kereta kebal tempur daripada penderma Baratnya, yang dianggapnya boleh menjadi pencetus perubahan dalam konflik dengan Russia. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg