Jerman jangka longgar sekatan koronavirus, sambung bola sepak profesional
Jerman jangka longgar sekatan koronavirus, sambung bola sepak profesional
May 5, 2020 | 7:45 AM
Pihak awam jalan keluar dari sebuah pusat beli-belah di Berlin. - AFP
BERLIN: Pemerintah negeri di Jerman akan bersetuju dengan langkah pemerintah pusat untuk mengurangkan sekatan koronavirus dalam sebuah panggilan video dengan Canselor Angela Merkel pada Rabu (6 Mei), kata dua sumber yang dekat dengan perkara itu pada Isnin (4 Mei).
Buat masa ini, kedai lebih kecil telah mula beroperasi semula dalam ekonomi terbesar Eropah, dengan mematuhi peraturan jarak selamat.
Jerman juga dijangka membenarkan bola sepak profesional Bundesliga untuk menyambung semula perlawanan pada 15 Mei, tetapi dengan syarat ketat dan tanpa penyokong di stadium.

