Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerman kekal 'diduduki' meski selepas Perang Dunia Kedua berakhir: Putin

Mar 16, 2023 | 05:30 AM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata tindak balas Jerman berkaitan letupan yang berlaku ke atas saluran paip gas Laut Utara menunjukkan bahawa negara itu kekal "diduduki" dan tidak dapat bertindak secara bebas beberapa dekad selepas menyerah kalah pada akhir Perang Dunia Kedua.



Encik Putin, yang ditemu bual di televisyen Russia, juga berkata pemimpin Eropah telah ditekan sehingga kehilangan rasa kedaulatan negara mereka.



Negara Barat, termasuk Jerman, telah memberi respons berhati-hati terhadap penyiasatan mengenai letupan paip gas Nord Stream Russia pada 2022, sambil menyatakan mereka percaya ia adalah satu tindakan yang disengajakan, tetapi enggan menyatakan siapa yang mereka fikir bertanggungjawab.



"Isunya adalah ahli politik Eropah sendiri telah berkata secara terbuka bahawa selepas Perang Dunia Kedua, Jerman tidak pernah menjadi negara berdaulat sepenuhnya," agensi berita Russia memetik Encik Putin sebagai memberitahu saluran TV pemerintah Rossiya 1.



"Soviet Union pada satu ketika mengundurkan tenteranya dan menamatkan apa yang dianggap sebagai satu pendudukan negara itu.



"Tetapi itu, seperti yang diketahui umum, tidak berlaku dengan Amerika Syarikat. Mereka terus menduduki Jerman."



Encik Putin mendakwa letupan itu dilakukan pada "peringkat negara" dan beliau menolak sebagai "karut sepenuhnya" cadangan bahawa kumpulan pro-Ukraine bertanggungjawab melakukan letupan itu.



Saluran paip itu bertujuan membawa gas Russia ke Jerman, walaupun sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine lebih setahun lalu, Berlin telah mengambil langkah mengurangkan pergantungannya pada hidrokarbon Russia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >