Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerman senarai SG berisiko tinggi namun pelawat sudah divaksin tak perlu kuarantin

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



JERMAN akan mengklasifikasikan Singapura sebagai antara kawasan "berisiko tinggi" bagi Covid-19 mulai hari ini, umum agensi kesihatan pemerintah Institut Robert Koch.



Singapura dan empat negara lain - Bulgaria, Cameroon, Croatia dan Republik Congo - akan dimasukkan ke dalam senarai itu selepas laporan bersama Kementerian Kesihatan Jerman, Pejabat Luar dan Kementerian Dalam Negeri, Bangunan dan Masyarakat diterbitkan kelmarin.



Kebanyakan pelancong yang divaksinasi sepenuhnya masih akan dibenarkan memasuki Jerman tanpa perlu dikuarantin, menurut Kedutaan Jerman di Singapura, tetapi pendaftaran secara digital di laman einreiseanmeldung.de sebelum tiba di Jerman sekarang adalah wajib.



Pendaftaran digital memerlukan pelawat untuk memberikan bukti vaksinasi, keputusan negatif daripada ujian Covid-19 atau pemulihan daripada virus.



Tetapi kedutaan itu menambah bahawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksin perlu dikuarantin selama lima hari selepas ketibaan.



Jerman ialah salah satu daripada 11 negara yang telah mewujudkan Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) bersama Singapura, yang mengecualikan individu yang pulang dari mana-mana negara tersebut daripada kuarantin sekiranya mereka diuji negatif untuk Covid-19 semasa ketibaan dan dalam ujian sebelum berangkat.



Menurut laporan kementerian Jerman, negara itu mengklasifikasikan kawasan berisiko tinggi sebagai wilayah dengan jumlah kes baru yang "sangat tinggi", terutamanya jika purata kadar jangkitan Covid-19 dalam tempoh tujuh hari melebihi 100 orang dalam setiap 100,000 orang.



Menurut laman pelancongan Schengen Visa Info, data yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan bahawa kes baru yang dilaporkan dalam tujuh hari terakhir di Singapura ialah 396.42 bagi setiap 100,000 orang, jauh melebihi had yang ditentukan Jerman, dan lebih tinggi daripada kadar jangkitan di negara itu sendiri iaitu 90.26.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >