Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jerman tolak dakwaan Trump ia 'hutang besar' pada Nato dan Amerika

Mar 20, 2017 | 08:25 AM



BERLIN: Menteri Pertahanan Jerman, Cik Ursula von der Leyen, menolak pada Ahad (19 Mac) dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, bahawa Jerman berhutang kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Amerika "jumlah besar" bagi pertahanan.



"Tidak ada akaun hutang di Nato," kata Cik von der Leyen dalam satu kenyataan, sambil menambah adalah salah untuk mengaitkan sasaran Nato agar anggotanya membelanjakan 2 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) mereka bagi pertahanan menjelang 2024 dengan Nato semata-mata.



"Perbelanjaan pertahanan juga buat misi pengaman PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), untuk misi kami ke Eropah dan menjadi sumbangan kami kepada usaha memerangi kumpulan pengganas IS (atau ISIS, iaitu Negara Islam di Iraq dan Syria)," ujar beliau.



Cik von der Leyen berkata semua negara mahu beban itu dikongsi bersama secara adil dan untuk mencapai itu, perlu ada sebuah "konsep keselamatan moden", yang termasuk sebuah Nato moden dan juga kesatuan pertahanan Eropah dan pelaburan dalam PBB.



Encik Trump berkata di Twitter pada Sabtu (18 Mac) - sehari selepas bertemu Kanselor Jerman, Dr Angela Merkel, di Washington - bahawa Jerman "berhutang jumlah besar kepada Nato & Amerika Syarikat mesti dibayar lebih banyak bagi pertahanan sangat kuat, dan sangat mahal, yang ia sediakan kepada Jerman!".



Encik Trump menggesa Jerman dan anggota lain Nato supaya mempercepatkan usaha mencapai sasaran perbelanjaan pertahanan pertubuhan itu.



Perbelanjaan pertahanan Jerman dijangka meningkat 1.4 bilion euro ($2.11 bilion) kepada 38.5 bilion euro pada 2018 - satu jumlah yang dijangka membentuk 1.26 peratus daripada GDP, kata Menteri Kewangan Wolfgang Schaeuble .



Pada 2016, nisbah perbelanjaan pertahanan Jerman ialah 1.18 peratus.



Semasa lawatan beliau ke Washington, Dr Merkel mengulangi komitmen Jerman pada sasaran 2 peratus perbelanjaan ketenteraan itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >