SYDNEY: Pesawat pejuang Australia telah menjalankan serangan udara pertama mereka di Syria terhadap militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), memusnahkan kenderaan pembawa kakitangan berperisai, umum Menteri Pertahanan Kevin Andrews pada Rabu (16 Sep).
Serangan menggunakan peluru berpandu itu dilancarkan dua hari lalu, menurutnya.
Amerika Syarikat, Canada, Turkey dan negara-negara Teluk telah pun terlibat dalam serangan ke atas militan ISIS di Syria, manakala Perancis telah menjalankan penerbangan pengawasan sebagai persediaan serangan udara.
Australia menyertai pasukan perikatan pimpinan Amerika untuk memerangi ISIS di Iraq tahun llalu dan minggu lalu meluaskan operasi udaranya ke Syria. - AFP