Topik diikuti
Pergi ke BHkuJet pejuang China pintas pesawat tentera AS di Laut China Selatan

May 20, 2016 | 5:30 AM
Jet pejuang China pintas pesawat tentera AS di Laut China Selatan
WASHINGTON: Dua jet pejuang China menjalankan satu pemintasan "kurang selamat" terhadap pesawat tentera Amerika Syarikat di Laut China Selatan Selasa lalu, kata Pentagon semalam.
Kejadian itu berlaku di ruang udara antarabangsa ketika pesawat peninjau Amerika menjalankan "rondaan biasa", menurut satu kenyataan Pentagon.