Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jho Low akhirnya bersuara, dakwa tiada kawalan terhadap 1MDB

Jan 28, 2022 | 05:34 PM



KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan kontroversi dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, akhirnya ‘bersuara’ apabila mendakwa tidak bertanggungjawab terhadap penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Jho Low menegaskan beliau tidak pernah menjadi pengarah atau pemegang saham dan bukan ahli Lembaga Penasihat Plaintif atau sebahagian daripada pengurusan 1MDB.



“Oleh itu, saya tiada kedudukan dari segi undang-undang untuk mengawal 1MDB, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengarahkan atau menyebabkan pemindahan penerimaan dana (syarikat itu) seperti yang didakwa,” katanya dalam laporan Berita Harian Malaysia (BHM).



Jho Low berkata demikian dalam penyataan pembelaan bagi menjawab saman yang dikemukakan oleh 1MDB, terhadapnya dan ahli keluarganya dan rakan sekutu.



Jho Low turut menafikan dakwaan 1MDB dalam tuntutan saman itu, bahawa beliau menyebabkan pemindahan dana 1MDB dan empat anak syarikat sebanyak AS3.784 bilion kepada pelbagai penerima.



Menjelaskan lanjut mengenai dakwaan 1MDB, Jho Low berkata, bahawa tuntutan syarikat itu adalah bertindih kerana dana yang didakwa itu sudah dilucut hak secara sukarela kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk kepentingan Kerajaan Malaysia (dan, oleh itu, untuk kepentingan 1MDB dan anak syarikat).



Oleh itu, Jho Low memohon saman itu dibatalkan kerana tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. Pernyataan pembelaan itu difailkan menerusi firma guaman, Tetuan Valen, Oh & Partners pada 26 Januari lalu.



Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap Jho Low; bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng; ibunya Puan Sri Goh Gaik Ewe; kakaknya, May Lin; adik lelakinya Taek Szen; serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.



Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut AS$661 juta daripada Jho Low dan masing-masing AS$41 juta, AS$397 juta, AS$608 juta dan AS$1.9 bilion daripada Jho Low dan Kim Loong serta AS$325 juta daripada Jho Low dan bapanya.



1MDB Global Investments Limited pula menuntut AS$630 juta daripada Hock Peng, Jho Low dan Kim Loong serta AS$2 juta daripada Taek Szen, Jho Low dan Kim Loong.



Plaintif turut menuntut AS$3.5 juta daripada May Lin and Jho Low serta AS$1.695 juta daripada Goh, Jho Low dan Kim Loong berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain AS$25.5 juta daripada Jho Low, Kim Loong, Hock Peng dan Taek Szen.



DoJ melalui satu kenyataan pada Oktober 2019, berkata ia mencapai penyelesaian untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$700 juta yang diperoleh Jho Low, dan keluarganya menggunakan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB, yang terletak masing-masing di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland.



Dengan muktamadnya penyelesaian itu, sekali dengan pelupusan kes pelucutan hak sebelum ini, AS akan memperoleh semula atau membantu dalam pemerolehan aset bernilai lebih AS$1 bilion yang mempunyai kaitan dengan skim pengubahan wang haram antarabangsa dan rasuah 1MDB.



Kenyataan itu menyebut, pemerolehan terbesar itu di bawah Inisiatif Pemerolehan Aset Kleptokrasi jabatan berkenaan dan pelucutan hak sivil terbesar yang pernah diselesaikan oleh DoJ.



Penolong Peguam Negara, Brian A Benczkowski, berkata perjanjian penyelesaian itu menyebabkan Jho Low dan keluarganya, terpaksa melepaskan beratus-ratus juta dolar yang diperoleh secara haram, yang sepatutnya digunakan bagi manfaat rakyat Malaysia.



Dalam kenyataan berasingan, Jho Low mengesahkan, penyelesaian sudah pun dicapai dengan kerajaan Amerika berhubung kes pelucutan hak sivil.



Jho Low, bagaimanapun, menegaskan perjanjian itu tidak sepatutnya dianggap sebagai pengakuan bersalah, liabiliti atau sebarang bentuk salah laku oleh beliau atau pemilik aset. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >