Topic followed successfully
Go to BHkuJho Low dipercayai berada di Macau, kata polis Malaysia
Jho Low dipercayai berada di Macau, kata polis Malaysia
Jho Low dipercayai berada di Macau, kata polis Malaysia
PUTRAJAYA (Kuala Lumpur): Ahli kewangan Low Taek Jho kali terakhir diketahui berada di Macau, kata ketua polis Malaysia Mohamad Fuzi Harun, pada Khamis (5 Julai).
"Terkini, kami tahu beliau berada di Macau. Malah, kami telah mengerahkan pasukan kami ke Hongkong baru-baru ini tetapi, beliau telah beredar ke Macau setibanya kami ke sana," kata Tan Sri Fuzi, memberitahu wartawan di Putrajaya, dan seperti yang dilaporkan oleh laman berita Malaysiakini.
Menurut Tan Sri Fuzi, polis Malaysia telah mencari Low di Hongkong, tetapi tidak mendedahkan bila polis Malaysia berada di sana.
Encik Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low, dikehendaki di Malaysia untuk membantu siasatan dalam skandal melibatkan dana negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jabatan Imigresen Malaysia, pada 15 Jun, telah membatalkan pasport Encik Low.
Ketua pengarah imigresen Mustafar Ali memberitahu akhbar The Star pada 4 Julai bahawa tindakan itu diambil atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuam Malaysia (MACC)


