Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Jho Low dipercayai tawar $472j kepada kerajaan M'sia bagi selesaikan tuduhan

Jul 17, 2022 | 05:30 AM

SHAH ALAM: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau Jho Low, dipercayai menawarkan RM1.5 bilion ($472 juta) kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan The Edge yang memetik sumber mereka kelmarin, kerajaan Malaysia bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut.

Jho Low yang didakwa menyeleweng wang 1MDB, berdepan saman AS$3.78 bilion ($5.29 bilion) yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.

Low dipercayai diwakili oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dalam rundingannya dengan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, Tan Sri Mohamed Apandi dilaporkan tidak menjawab pertanyaan The Edge mengenai perkara itu.

Tan Sri Mohamed Apandi adalah individu yang melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada sebarang salah laku dalam 1MDB pada 2016 semasa beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara (AG) di bawah pentadbiran Najib.

Susulan pertukaran kerajaan pada 2018, Datuk Seri Najib didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB, untuk menerima suapan.

Beliau juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM4.3 bilion wang 1MDB.

Sementara perbicaraan bagi pertuduhan itu sedang berjalan, Datuk Seri Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 kerana menyalahgunakan kuasanya berhubung kelulusan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Beliau juga disabitkan tiga pertuduhan, setiap satu pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Sementara itu, peguam, Encik Mohamed Haniff Khatri Abdulla, berkata, meskipun Jho Low merupakan buruan dikehendaki, dengan notis merah yang dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) terhadapnya, undang-undang hak asasi membenarkannya untuk dibela dan masih boleh melantik peguam bagi mewakilinya.

"Mana-mana peguam boleh mewakili suspek, sama ada suspek berada dalam atau luar negara. Walaupun orang itu diburu dan bukan di sini (Malaysia), peguam di sini boleh mewakilinya secara 'in absentia', iaitu tanpa ketidakhadiran," katanya.

Tambah Encik Haniff, peguam berkenaan juga tidak diwajibkan untuk memaklumkan pihak berkuasa keberadaan anak guamnya, walaupun beliau mengetahuinya.

Katanya, satu-satunya cara peguam terpaksa membocorkan lokasi anak guam kepada pihak berkuasa adalah sekiranya terdapat maklumat suspek akan melakukan jenayah selanjutnya.

"Jika tidak, apa sahaja isu tertakluk pada keistimewaan, namun setakat Jho Low mengadakan perbincangan untuk berunding dengan kerajaan bagi menyelesaikan saman undang-undangnya, tidak ada salahnya," katanya. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3