Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jho Low 'merayau' di Macau?

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa 'merayau-rayau' di pusat beli-belah di Macau.



Pendedahan terkini oleh wartawan yang juga penulis bersama buku 'Billion Dollar Whale : The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood and the World', Bradley Hope, itu sedikit sebanyak menguatkan teori bahawa Jho Low yang berdepan saman AS$3.78 bilion ($5.39 bilion) yang difailkan 1MDB dan empat anak syarikatnya itu, masih berada di China, lapor Berita Harian Malaysia semalam.



Sebelum ini, Bradley bersama seorang lagi penulis buku terbabit, Tom Wright, turut mendedahkan Jho Low dikesan di Disneyland Shanghai berdasarkan maklumat didakwa diterima daripada sumber kerajaan Malaysia.



Mengulas maklumat terkini, Bradley berkata keberadaan Jho Low di Macau itu berdasarkan maklumat dan beberapa foto diterimanya.



Katanya, foto dipercayai Jho Low dan beberapa pembantunya itu disalurkan penyiasat persendirian, memaparkan lelaki itu memakai baju berkolar warna jingga dan berseluar pendek, tetapi membelakangi kamera.



Menurut Bradley, beliau turut ditunjukkan beberapa foto memaparkan imej Jho Low mendepani kamera, namun penyiasat persendirian berkenaan melarang beliau menggunakannya.



"Foto ini daripada penyiasat persendirian yang mengusahakan kes ini. Bagaimanapun, tidak jelas siapa mengupah penyiasat persendirian itu, sama ada mungkin kerajaan Malaysia atau perantara kerajaan Malaysia.



"Apa pun jelas sekali memang terdapat masa yang berbeza apabila Jho Low menjadi individu yang sangat dicari-cari susulan usaha untuk memperoleh semula wang (yang diseleweng daripada 1MDB)," katanya menerusi perkongsian Youtube bersama Tom menerusi episod keempat program 'Di Mana Jho Low'.



Bradley menerusi ciapan di Twitter sebelum ini menyatakan Jho Low adalah kepingan terakhir 'teka teki' selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihantar ke penjara dan menggesa orang ramai berkongsi maklumat keberadaan ahli perniagaan itu Low menerusi e-mel projectbrazen@protonmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >