SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jins Shamsuddin meninggal dunia

Jins Shamsuddin meninggal dunia

Mar 1, 2017 | 7:37 PM

Jins Shamsuddin meninggal dunia

Tan Sri Jins Shamsuddin bersama isteri beliau, Puan Seri Halijah Abdullah.
Tan Sri Jins Shamsuddin bersama isteri beliau, Puan Seri Halijah Abdullah. - GAMBAR UTUSAN MALAYSIA

HULU KLANG (Selangor): Seniman legenda Tan Sri Jins Shamsuddin, 81 tahun, meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas selepas tercekik kuih di rumahnya pada petang Rabu (1 Mac).

Anak kedua Allahyarham, Putera Hang Jebat, mengesahkan bapanya meninggal dunia setiba di sebuah klinik di Taman Melawati, di sini, pada kira-kira 5.45 petang.

"Ayah minum petang dan ketika hendak makan cekodok, ayah tercekik. Melihat keadaan ayah, mak segera membawa ayah ke klinik berdekatan.

"Bagaimanapun, ayah disahkan meninggal dunia setibanya di klinik," kata beliau kepada BH Online.

Hang Jebat berkata beliau dan adiknya, Hang Nadim, masih terkejut mengenai apa yang berlaku ke atas Allahyarham.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg