Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

John Lee angkat sumpah sebagai Ketua Eksekutif HK

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

John Lee angkat sumpah sebagai Ketua Eksekutif HK

Presiden Xi Jinping lakukan acara angkat sumpah, tegaskan tiada sebab tukar dasar 'satu negara, dua sistem' HK
Jul 02, 2022 | 05:30 AM

HONG KONG: Presiden China, Encik Xi Jinping, semalam melakukan acara angkat sumpah Encik John Lee sebagai Ketua Eksekutif Hong Kong yang baru - pakar dasar keselamatan pertama yang mentadbir hab kewangan itu yang diperintah China sejak penyerahannya daripada Britain pada 1997.

Encik Xi juga, dalam satu acara sempena menyambut ulang tahun ke-25 penguasaan semula China ke atas bandar itu, berkata tiada sebab untuk menukar dasar "satu negara, dua sistem" bagi Hong Kong dan ia mesti dipatuhi dalam jangka panjang.

Encik Lee, 64 tahun, adalah bekas pegawai polis biasa yang kemudiannya menjadi timbalan pesuruhjaya sepanjang kerjayanya selama 33 tahun.

Dalam ucapan perasmiannya sebagai pemimpin Hong Kong, Encik Lee menekankan keutamaan politik dan ekonomi berkembarnya - Hong Kong perlu meningkatkan daya saingnya dalam kewangan, perdagangan dan perkapalan sambil memastikan kestabilan wilayah khas itu.

"Kedaulatan undang-undang adalah asas dan nilai teras kejayaan bandar ini," kata Encik Lee kepada hadirin, termasuk Encik Xi, di pusat konvensyen berhadapan pelabuhan yang sama di mana suku abad lalu, pegawai kanan Britain menyerahkan bandar itu kembali kepada China.

Sebelum Encik Lee, semua pemimpin Hong Kong adalah sama ada kakitangan awam dengan kepakaran dasar yang luas, atau pemimpin perniagaan.

Kesemuanya telah bergelut untuk mengimbangi keperluan pemimpin Parti Komunis China dengan keinginan ramai penduduk Hong Kong bagi kebebasan gaya Barat dan demokrasi di bawah gaya tadbir urus "satu negara, dua sistem" yang menjanjikan autonomi meluas bandar itu apabila ia diserahkan semula kepada China pada 1997.

Sementara itu, dalam ucapannya sempena menyambut ulang tahun ke-25 penguasaan kembali China ke atas bandar itu, Encik Xi berkata matlamat asas dasar "satu negara, dua sistem" adalah untuk menegakkan kedaulatan negara, keselamatan, dan kepentingan pembangunan China, dan mengekalkan kemakmuran dan kestabilan jangka panjang di Hong Kong dan Macau.

Beliau berkata dasar itu memenuhi kepentingan asas negara dan kepentingan dua wilayah khas itu.

"Semua yang dilakukan pemerintah pusat adalah demi kepentingan negara kita, Hong Kong dan Macau, dan rakan warga kita di Hong Kong dan Macau," kata Encik Xi.

"Tiada sebab untuk mengubah sistem baik itu, dan ia mesti dipatuhi dalam jangka panjang."

Encik Xi menyampaikan salam mesra kepada semua penduduk Hong Kong serta ucapan tahniah kepada Encik Lee.

"Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua orang Cina, di dalam dan di luar negara, dan rakan asing atas sokongan mereka bagi tujuan 'satu negara, dua sistem' dan kemakmuran dan kestabilan Hong Kong," kata Encik Xi.

Beliau juga berkata pemerintah pusat akan membantu mengekalkan dan menyokong sekitaran perniagaan bebas dan terbuka di Hong Kong. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3