Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

John Lee pemimpin baru HK, menang 99% undian

May 08, 2022 | 06:20 PM



Calon pemimpin Hongkong, Encik John Lee telah menjamin kedudukannya dengan memperolehi 99 peratus daripada undian dalam satu pilihan raya kecil yang mengetengahkan beliau sebagai satu-satunya calon.



Menurut pengamat, ujian yang menanti ialah untuk bakal pemimpin menyatukan masyarakat Hongkong yang berpecah-belah dan mencapai keputusan yang dijanjikan selepas tiga tahun negara itu dilanda kemelut bantahan anti-pemerintah dan pandemik, kata laporan The Straits Times.



Encik Lee, yang merupakan pegawai pemerintah nombor 2, telah menerima sebanyak 1,416 undian daripada 1,461 orang jawatankuasa pilihanraya yang pro Beijing.



Terdapat lapan pengundi yang menentang Encik Lee sementara empat undian rosak.



Seramai 1,428 orang atau 98 peratus anggota jawatankuasa membuang undi di pusat Konvensyen dan Pameran Hongkong, di tengah-tengah pemantauan ketat polis.



Encik Lee, seorang pegawai polis dan mantan ketua keselamatan bandar itu, memerlukan 750 undian untuk menang.



Bercakap semasa satu sesi media, Encik Lee yang penuh emosi berkata:



“Saya bukan hanya bertanggungjawab ke atas pemerintah China tetapi juga masyarakat Hongkong.”



Akur dengan cabaran yang menantinya, Encik Lee menambah bahawa beliau yakin yang pentadbiran seterusnya akan bersikap berani dan cekap menangani isu-isu yang dihadapi oleh Hongkong.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >