Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johnson & Johnson peruntuk $537j bagi selesaikan tuntutan pengguna

May 18, 2023 | 5:30 AM
483063ca-926b-4c24-bdce-51607afdfbfc
-

NEW YORK: Syarikat Johnson & Johnson telah ketepikan AS$400 juta ($537 juta) bagi menyelesaikan tuntutan perlindungan pengguna sebuah negeri di Amerika Syarikat, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenuhi tuntutan bernilai AS$8.9 bilion, ke atas bedak bayi dan produk bedak lainnya yang dikatakan sebabkan barah.

Anak syarikat J&J, LTL Management, failkan rancangan muflis di New Jersey pada Isnin, dengan memberi butir-butir bagaimana syarikat itu mahu membayar mangsa barah jenis yang berlainan.

J&J berkata produk bedaknya adalah selamat dan tidak menyebabkan barah.

Ia sedang cuba buat kali kedua untuk menyelesaikan tuntutan undang-undang lebih 38,000 dan mengelakkan kes tuntutan baru pada masa depan.

Usul muflis LTL itu mahu membayar AS$400 juta kepada sebuah badan pewaris berasingan, untuk memenuhi tuntutan yang diajukan peguam negara, yang mendakwa J&J melanggar amalan perniagaan yang adil dan perlindungan pengguna, mengenai keselamatan produk-produk bedaknya.

Beberapa negeri di Amerika mula mengambil tindakan perlindungan pengguna terhadap J&J sebelum LTL mengajukan permohonan pertamanya untuk isytihar muflis bagi menghentikan siasatan terus dilakukan dalam 2021.

New Mexico dan Mississippi sudah failkan tuntutan terhadap J&J lebih awal, dan negeri-negeri seperti Arizona, Maryland, North Carolina, Texas dan Washington mengeluarkan tuntutan siasatan sivil atau supina, menurut dokumen mahkamah LTL. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg