Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johnson menang undi yakin parti, kekal PM Britain

Jun 08, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, memenangi undi yakin oleh Ahli Parlimen (AP) Konservatif kelmarin, namun berdepan keyakinan paling lemah setelah sejumlah besar mereka enggan menyokongnya.



Bagaimanapun, beliau menyifatkan hasil undian 211-148 oleh AP partinya itu sebagai "keputusan penentu dan meyakinkan".



"Sebagai kerajaan, kita boleh terus mengorak langkah dan fokus pada perkara benar-benar penting," katanya selepas undian itu, yang diadakan menyusuli rentetan skandal menjejas Konservatif, yang juga dikenali sebagai Parti Tory.



Antara isu utama ialah kontroversi 'Partygate' membabitkan penganjuran majlis di Downing Street yang melanggar perintah berkurung bagi mengekang penularan Covid-19.



Kontroversi itu mencetuskan kemarahan awam, sekali gus menyaksikan Encik Johnson menjadi Perdana Menteri United Kingdom pertama didakwa melanggar undang-undang ketika dalam perkhidmatan.



Untuk memenangi undian itu, beliau memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 180 daripada 359 AP Konservatif di Parlimen. Kekalahan akan mengakhiri kepimpinan beliau dalam parti dan sebagai Perdana Menteri.



Dakwaan tentang pelanggaran larangan menganjurkan acara semasa Covid-19 telah disiasat polis dan seorang pegawai kanan kerajaan British, dan kedua-dua mengesahkan berlaku pelanggaran ketetapan yang diarahkan tetapi dibiarkan berlaku oleh Pejabat Perdana Menteri.



Akibatnya, Encik Johnson, 57 tahun, menjadi pemimpin British pertama dalam sejarah didenda polis atas kesalahan tersebut semasa masih menjawat jawatan.



Skandal ini menjejas populariti Parti Konservatif, yang kini mengekori pembangkang Parti Buruh dengan sebanyak 10 peratusan mata.



Satu tinjauan baru-baru ini oleh YouGov membayangkan sekiranya pilihan raya diadakan hari ini, Parti Konservatif, yang berkuasa selama 12 tahun, akan kehilangan hampir kesemua kawasan undi yang dirampas daripada Parti Buruh semasa pilihan raya umum 2019 dan mungkin tewas juga di kawasan undi Encik Johnson.



Dengan pilihan raya bakal berlangsung dalam masa 18 bulan, pendukung parti memutuskan untuk bertindak. Di bawah peraturan Konservatif, satu undian kepimpinan menjadi wajib jika 15 peratus AP parti itu mendesaknya.



Kini, berlegar pula spekulasi apakah Encik Johnson mampu bertahan selepas kehilangan sokongan ramai AP partinya sendiri, dan apakah menteri kanan sedia ada akan meletak jawatan.



Hujung bulan ini, Enck Johnson menghadapi dua pilihan raya kecil di kawasan undi yang dianggap sebagai pengukur sentimen rakyat. Jika beliau tewas, sebagaimana menurut hasil tinjauan, penentangnya tentu akan mendesak beliau lagi suppaya meletak jawatan. - The Straits Times, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >