Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Johor bersedia terima masuk 1,440 individu pada minggu pertama VTL darat M'sia-SG

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



ISKANDAR PUTERI: Johor bersedia menerima masuk seramai 1,440 individu pada minggu pertama Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) darat di antara Malaysia dengan Singapura jika dilaksanakan serentak dengan VTL udara, pada 29 November ini.



Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata Johor sudah menghantar prosedur operasi standard (SOP) khas kepada kerajaan Persekutuan, bagi membolehkan VTL darat dilaksanakan, sekali gus sempadan antara Malaysia-Singapura dapat dibuka segera.



Katanya, Johor juga sudah membangunkan sistem khas 'Johor Travel Save' bagi melicinkan pelaksanaan VTL darat.



"Johor sudah bersedia untuk membuka sempadan di Tambak Johor dan Link Kedua, sekiranya kerajaan Persekutuan bersetuju pembukaan sempadan darat dilaksanakan menerusi VTL darat Malaysia-Singapura.



"Kita bersedia menerima masuk 1,440 individu pada minggu pertama pelaksanaan VTL darat itu nanti, malah akan melakukan ujian rintis pada 22 November ini, bagi memastikan persediaan rapi dibuat.



"Ia berikutan Johor mempunyai pengalaman membantu kerajaan Persekutuan untuk proses kemasukan menerusi skim Aturan Perjalanan Berkala sebanyak 2,000 individu sehari dan Laluan Hijau Dua Hala seramai 400 sehari di sempadan Malaysia-Singapura.



"Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan kelancaran VTL darat ini, apatah lagi bagi memastikan rakyat Malaysia yang lama terperangkap di Singapura dapat pulang," katanya.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Liow Cai Tung (DAP-Johor Jaya) pada Sidang Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, semalam.



Ahad lalu, Datuk Hasni dilaporkan mengumumkan VTL darat di antara Malaysia dengan Singapura akan dilaksanakan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini.



Datuk Hasni dilaporkan berkata, itu hasil perbincangan yang memutuskan perjalanan darat hanya untuk pemegang pas jangka panjang.



Kelmarin, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Encik Gan Kim Yong, berkata pihak berkuasa sedang berusaha untuk membuka sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia menjelang hujung November, namun butirannya masih diusahakan.



Encik Gan yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian Covid-19, berkata pihak berkuasa Singapura dan Malaysia sedang "bekerjasama rapat" untuk memuktamadkan butiran operasi. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >